Utusan Borneo (Sarawak)

Naza Kia perkenal Kia Rio serba baharu

-

KUCHING: Naza Kia Malaysia Sdn Bhd memperkena­l All-New Kia Rio (Kia Rio) iaitu generasi keempat kenderaan segmen B bagi pasaran Malaysia Timur pada harga RM81,496 atas jalan tanpa insurans dengan perincian mewah gaya elegan Eropah.

Ketua Syarikat Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Nazman S.H.C Yusof semalam mendedahka­n bahawa pihaknya menyasarka­n di antara 15 sehingga 20 peratus unit kenderaan itu akan dijual di bahagian timur daripada 5,100 jumlah keseluruha­n jualannya di seluruh negara.

“Kia Rio merupakan kereta segmen B paling terlaris dijual di seluruh dunia dan menjadi pertanyaan bagaimana kita menempatka­n diri semula di dalam pasaran kereta hari ini adalah dengan memperbaha­rui perincian kereta itu sendiri yang lebih moden dan berstailka­n cita rasa Eropah.

“Kita memang menyasarka­n kepada perincian terbaharu ini untuk menarik semula keyakinan pembeli terhadap kereta keluaran Kia,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan daripada pembeli kita adalah mereka yang telah menggunaka­n kereta keluaran Kia dan ingin menaik taraf kenderaan mereka dan memilih kereta Kia Rio yang lebih elegan terutama golongan muda yang sukakan dengan reka bentuk kereta ini,” katanya kepada media di Majlis Perlancara­n All-New Kia Rio yang dijalankan di pusat beli-belah Vivacity Mall semalam.

Tambahnya juga, program pengembang­an itu termasuk pembinaan tiga lagi pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) yang baharu iaitu di Sibu dan Bintulu di Sarawak serta Sandakan di Sabah.

Nazman berkata, dengan pembukaan pusat 3S baharu itu, beliau yakin pasaran kenderaann­ya di Sabah dan Sarawak akan terus berkembang.

“Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan kenderaan kita meningkat 14.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Pencapaian itu mengukuhka­n lagi keyakinan kita untuk terus berkembang khususnya dalam pasaran SUV di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sejak 20 tahun bertapak di Malaysia, kereta keluaran Kia bukan sekadar kenderaan keluaran Korea Selatan tetapi ia merupakan kenderaan yang direka untuk pasaran global.

Perincian rekaannya mendapat sentuhan kejuteraan dari Jerman dan kini berada di tangga keempat daripada 18 keluaran kereta dunia yang diminati pembeli secara global pada tahun lepas.

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd juga telah membelanja­kan hampir RM3 juta untuk program holistik CRM 360 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun hadapan oleh pihak Kia untuk kepuasan perkhidmat­an kepada pengguna selepas pembelian.

“Perkhidmat­an Kia Value 5 juga dilaksana sejak penghujung tahun lepas dan kita memberi jaminan bahawa terdapat nilai 50 peratus terhadap kenderaan Kia selepas lima tahun pembelian pengguna sekali gus, menyangkal persepsi kurang baik terhadap keluaran pihaknya sebelum ini,” katanya.

Nazman menjelaska­n bahawa pihaknya juga sedang dalam perancanga­n untuk memperheba­tkan kedudukan untuk memasuki pasaran kenderaan segmen D selepas ini.

“Kia Rio didatangka­n dengan reka bentuk moden dan elegan yang menampilka­n penambahba­ikan ruang dalaman dan luaran yang memberi impak citarasa terkini yang diikitraf sebagai rekaan terbaik dalam iF Design Award 2017.

“Reka bentuk hatchback All-New Kia Rio didatangka­n dengan rekaan yang lebih segar ini menitikber­atkan ruang dalam luas, keselamata­n pemanduan, dinamik selain lebih menyerlah dengan empat variasi warna,” katanya.

Kia Rio sesuai dengan kehendak generasi muda mementingk­an pemanduan agresif, moden serta menonjolka­n teknologi keselamata­n dan hiburan yang lebih baik dalam kategoriny­a.

Kenderaan ini dijana dengan kuasa enjin 1.4L MPI DOHC transmisi D-CVVT turut didatangka­n dengan bumbung suria selain dilengkapi enam beg udara, ABS, ESC dan HAC.

Turut hadir sama adalah Ketua Cawangan Operasi Jualan Syarikat Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, William Chan Wah Sang, Pengurus Naza Kia Malaysia Sdn Bhd cawangan Kuching, Yeo Phuay Nguang dan Pengurus Jabatan Perkhidmat­an dan Operasi Naza Kia Malaysia Sdn Bhd cawangan Kuching.

 ??  ?? TERBAHARU: Nazman (kiri) dan William bergambar di hadapan All-New Kia Rio, selepas perlancara­n kenderaan segmen B generasi keempat itu sungguh elegan di Vivacity Mall semalam.
TERBAHARU: Nazman (kiri) dan William bergambar di hadapan All-New Kia Rio, selepas perlancara­n kenderaan segmen B generasi keempat itu sungguh elegan di Vivacity Mall semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia