Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Wen Ken rancang keluarkan Air Penyejuk Cap Kaki Tiga pelbagai perisa

-

JOHOR BAHRU: Syarikat Kumpulan Wen Ken kini merancang untuk mengeluark­an minuman Air Penyejuk Cap Kaki Tiga pelbagai perisa bagi pasaran Malaysia pada tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusannya Fu Siang Jeen, buat masa ini pihaknya masih menjalanka­n kajian bagi mendapat maklum balas pengguna tentang perisa yang bersesuaia­n dengan kehendak dan keinginan penduduk di negara ini.

“Buat masa ini minuman Air Penyejuk Cap Kaki Tiga berperisa ini sudah kita pasarkan di Singapura ekoran daripada permintaan di sana.

“Dan pada masa ini kita sedang merancang untuk memasarkan minuman Air Penyejuk Cap Kaki Tiga berperisa ini di Malaysia pada tahun hadapan yang mana kajian sedang dilakukan.

“Sebaik sahaja kajian ini sudah siap kelak, kita tidak mempunyai halangan untuk memasarkan minuman air penyejuk berperisa ini di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Kilang Kumpulan Wen Ken di Taman Johor sem- pena sambutan Ulang Tahun Ke-80 syarikat itu kelmarin.

Pada masa sama Fu Siang memberitah­u buat masa ini pihaknya mengeluark­an tiga perisa bagi minuman air penyejuk berperisa bagi pasaran Singapura.

“Kita ada perisa jambu, laici dan oren bagi minuman air penyejuk Cap Kaki Tiga yang dipasarkan di Singapura,” jelasnya.

Bagaimanap­un, beliau tidak menolak syarikatny­a akan mengeluark­an sekurangku­rangnya tiga perisa bagi minuman yang sama untuk dipasarkan di negara ini.

“Kita buat kajian dulu mengikut cita rasa dan keinginan serta kesesuaian penduduk di negara ini, jika kesemua kajian selesai kita akan pasarkanny­a di sini,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Wen Ken, Fu Shou Jenn berkata, pada masa ini purata keluaran minuman air penyejuk bagi empat kilangnya di Malaysia dan Indonesia mencecah satu juta botol sehari.

“Jumlah ini bagi memenuhi pasaran kita di Singapura, Malaysia dan Indonesia termasuk Indo-China,” ujarnya.

 ??  ?? PRODUK KAMI: Fu Siang (kanan) ditemani Fu Shou menjelaska­n kelebihan produk Cap Kaki Tiga yang kini sudah berusia lebih 80 tahun di rantau ini.
PRODUK KAMI: Fu Siang (kanan) ditemani Fu Shou menjelaska­n kelebihan produk Cap Kaki Tiga yang kini sudah berusia lebih 80 tahun di rantau ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia