Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan biarkan PM berseorang­an tangani tohmahan: Ahmad Zahid

-

BANDAR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam meminta rakyat khususnya anggota UMNO supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersendiri­an dalam menghadapi pelbagai tohmahan yang dilemparka­n pembangkan­g.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menggalas tugas-tugas Timbalan Presiden berkata usaha perdana menteri berdepan tindakan sedemikian daripada pembangkan­g walaupun membawa pembanguna­n dan kemajuan termasuk transforma­si dalam pelbagai bidang demi memanfaatk­an rakyat.

“Jangan biarkan perdana menteri kita berseorang­an, kita kena bangun untuk tentukan bahawa apa yang dilakukan beliau adalah untuk kebaikan rakyat dan anggota UMNO di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/ Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang di sini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian merangkap Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.

Ahmad Zahid berkata memandangk­an bekas pemimpin utama UMNO yang men- erajui serangan terhadap parti itu, semua anggota UMNO perlu memastikan bekas pemimpin itu tidak lagi relevan dalam politik di negara ini.

“Kita mesti tentukan bahawa UMNO dan Barisan Nasional dipimpin oleh mereka yang ada ketika ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau sendiri tidak rela apabila melihat UMNO dituduh dan dibaling dengan najis, kononnya menjadi dalang di balik kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata sebagai Menteri Dalam Negeri beliau mengarahka­n polis untuk membuat siasatan terperinci kerana tidak mahu UMNO dituduh sebagai parti yang menganggu proses demokrasi walaupun berbeza pendapat dengan sesebuah organisasi atau parti politik.

Mengenai Kedah, Ahmad Zahid berkata negeri Jelapang Padi itu sangat bertuah kerana mempunyai menteri besar seperti Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang disifatkan­nya sebagai ‘naga di belakang tabir’ ketika BN merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

“Kita tahu Kedah terlalu istimewa untuk perdana menteri di mana solidariti dalam kalangan ketua UMNO bahagian yang menyebabka­n Kedah terus mantap dari segi politik dan pembanguna­n ekonomi. Saya akan terus bantu perdana menteri memajukan negeri ini,” katanya.

Mengenai Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, beliau berkata BN mahu terus menguasai kerusi itu dengan meningkatk­an majoriti kepada 11,800 bagi Parlimen manakala Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kulim meningkat kepada 6,420 undi majoriti dan DUN Bandar Baharu sebanyak 10,200 undi.

“Tidak mustahil kita boleh peroleh kemenangan 10 kali ganda daripada itu dengan semangat jentera 41 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen ini dan saya yakin Datuk Aziz (Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu) mampu terjemahka­n sokongan rakyat,” katanya.

Beliau turut memberitah­u akan kembali ke Kedah pada 3 Sept ini bagi melawat kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) yang siap sepenuhnya walaupun sebelum ini berdepan kelewatan selama 576 hari.

Ahmad Zahid turut mengumumka­n peruntukan RM10,000 untuk pemasangan alat pendingin hawa dan menaik taraf tandas di Dewan Seri Serdang selain sumbangan RM500,000 untuk kerjakerja awal pembinaan Maktab Mahmud Bandar Baharu bersebelah­an Masjid Al-Fateh dekat sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERDEKA: Ismail Sabri (tiga kanan) bersama kakitangan FELCRA melaungkan slogan ‘ Merdeka’ selepas menyanyika­n lagu patriotik pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat FELCRA Berhad di Wisma FELCRA, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MERDEKA: Ismail Sabri (tiga kanan) bersama kakitangan FELCRA melaungkan slogan ‘ Merdeka’ selepas menyanyika­n lagu patriotik pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat FELCRA Berhad di Wisma FELCRA, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia