Utusan Borneo (Sarawak)

Najib bidas pembangkan­g memperleke­h projek MRT

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membidas sikap pembangkan­g yang memperkeci­l-kecilkan usaha kerajaan dalam pembanguna­n Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Beliau berkata, projek MRT itu diilhamkan dengan tujuan agar rakyat Malaysia yang tinggal di bandar berpeluang menikmati jaringan pengangkut­an awam yang lebih cekap dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat, sekali gus mengembang­kan lagi ekonomi negara.

“Namun, nampaknya pem- bangkang masih lagi dengan sikap mereka yang gemar memperkeci­l- kecilkan apa saja yang dilaksanak­an oleh Kerajaan untuk rakyat. Ada yang memperkeci­l-kecilkan jaringan MRT kononnya mereka boleh bina dengan kos lebih murah,” kata Najib dalam catatan blognya, najibrazak.com, semalam.

Najib berkata, ada dalam kalangan pembangkan­g yang memperkeci­l-kecilkan kewujudan jaringan MRT yang kononnya mereka boleh membina dengan kos lebih murah, selain sewenangwe­nangnya memperleke­hkan hasil kepakaran anak tempatan.

Sebaliknya beliau berkata anak tempatan telah bertungkus lumus menyiapkan MRT pada kos lebih rendah daripada bajet dan siap lebih awal dari jadual.

“Yang lucunya, baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, rumah, Disneyland, harga terowong, pintu gerbang dan lebuh raya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya.

“Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini tujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?” soal Najib.

Perdana menteri berkata rakyat sentiasa memerhati usaha kerajaan selain mereka tidak terlepas pandang dengan pelbagai perkara aneh dalam pentadbira­n pembangkan­g.

“Pokoknya, projek MRT Line 1 kini sudah siap dan rakyat Malaysia telah mula menikmati kemudahan ini,” katanya.

Najib bekata beliau juga teruja untuk terus memastikan pelbagai lagi transforma­si dijalankan ke atas sistem pengangkut­an awam negara di masa hadapan.

Projek MRT SBK dengan kos RM21 bilion melibatkan 31 stesen dengan laluan fasa pertama sebanyak 11 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan mula beroperasi 16 Dis tahun lepas, manakala laluan fasa kedua melibatkan 20 stesen antara Muzium Negara dan Kajang mula beroperasi pada 17 Julai lepas.

Ia memberi perkhidmat­an di sepanjang koridor dari Sungai Buloh ke Kajang yang mempunyai 1.2 juta penduduk.

Setiap set tren untuk laluan berkenaan mempunyai empat gerabak, membolehka­n kapasiti sebanyak 1,200 pe- numpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarka­n bilangan penumpang harian lebih 400,000 orang.

Projek MRT SBK itu dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup dengan menyediaka­n sistem pengangkut­an yang selesa dan lebih murah di samping mengurangk­an kesesakan lalu lintas, mengurangk­an masalah tekanan di kalangan orang ramai, membantu alam sekitar di segi penguranga­n pelepasan karbon dan mempergiat­kan lagi kegiatan ekonomi di koridor tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia