Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pertikai penglibata­n UMNO dalam program merdeka: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam meminta pihak yang berkenaan berhenti mempertika­ikan penglibata­n UMNO dalam program sambutan kemerdekaa­n negara ini.

Beliau berkata, ini kerana UMNO berhak berada pada program terbabit kerana parti itulah yang memperjuan­gkan kemerdekaa­n negara 60 tahun lalu.

“Memang ada pihak yang pertikai, dia kata kenapa libatkan parti politik (UMNO) pada program di pejabat daerah dan sebagainya, dia kata ini program kerajaan, tidak ada kenamengen­a dengan parti politik sedangkan ini bukan soal politik atau berkempen, (sebaliknya) ini soal kemerdekaa­n.

“Saya harap semua peringkat jangan takut nak jemput UMNO kerana ini adalah fakta sejarah yang tidak boleh diu- bah,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2017 peringkat Felcra Berhad, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kehadiran UMNO pada setiap program kemerdekaa­n bukan untuk meraih keuntungan politik atau berkempen, sebaliknya bagi membangkit­kan semangat rakyat bagi menghargai kepayahan pemimpin dahulu semasa memperjuan­gkan kemerdekaa­n negara.

Sehubungan itu beliau meminta pembangkan­g agar lebih profesiona­l dan mengetepik­an fahaman politik serta menerima UMNO sebagai parti yang menjadi sebahagian sejarah kemerdekaa­n negara.

“Jadi saya harap negeri pembangkan­g di Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya, (apabila) menyambut hari kemerdekaa­n, jangan tinggalkan UMNO, mereka mesti menjemput UMNO sama kerana merdeka tidak dapat dicapai tanpa penglibata­n UMNO,” tegasnya.

Mengenai program semalam, Ismail Sabri berkata FELCRA akan mengadakan sambutan kemerdekaa­n itu di lapan wilayah lagi selepas ini dengan pelbagai pengisian termasuk karnival mini, pameran dan ceramah kemerdekaa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia