Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Everton buka langkah kanan

Jinakkan Hajduk 2-0 pada pusingan pertama kelayakan ‘play-off’ yang dicemari rusuhan

-

PARIS: Everton mendahului 2-0 pada pusingan pertama play- off kelayakan Liga Europa kelmarin dalam perlawanan menentang Hajduk Split di Liverpool yang dihentikan seketika kerana masalah penonton.

Penyokong Hajduk meluru ke arah padang Goodison Park dan melontar objek dan permainan dihentikan sejurus selepas tandukan Michael Keane pada minit ke-30 meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Selepas polis berjaya mengawal keadaan, pemain kembali ke padang dan Everton menggandak­an kelebihan mereka pada minit ke-45 hasil rembatan Idrissa Gueye yang menerima bola hantaran silang dari Wayne Rooney.

“Saya amat gembira dengan separuh masa pertama dan tidak gembira dengan babak kedua. Kami melepaskan peluang besar untuk menjaringk­an lebih banyak gol,” kata jurulatih Everton, Ronald Koeman.

Keane berkata dia gembira untuk menjaringk­an gol pertamanya bagi Everton sejak dia pindah dari Burnley pada musim panas.

“Saya amat gembira – pertama sekali, kerana kami tidak dibolosi gol,” kata pemain pertahanan England itu dalam www. evertonfc.com.

“Itulah apa yang kami sasari, terutamany­a dalam GOL: Silva meraikan gol jaringanny­a pada aksi playoff kelayakan Liga Europa diantara AC Milan dan KF Shkendija. perlawanan Eropah di stadium sendiri. Ia amat penting dan menjadikan­nya lebih mudah lagi apabila mereka tidak menjaringk­an gol. “Ia juga sama dalam perlawanan t e r a k h i r , ketika kami menang 10 di sana. Kami berjaya menjaringk­an satu gol lagi pada hari ini. Saya rasa kami bermain baik di separuh masa pertama, kami sebenarnya bukan diri kami pada babak kedua tetapi sekurang- kurangnya kami tidak dibolosi sebarang gol.” Di Milan, pemain pertahanan Leonardo Bonucci mengetuai AC Milan selaku kapten untuk mencatatka­n kemenangan 6-0 dalam p e n a m p i l a n kompetitif­nya yang sulung bagi kelab Itali itu ke atas kelab sederhana dari Macedonia, Shkendija, dua bulan selepas bermain untuk Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Kelab milik orang China itu terlalu kuat bagi kelab Macedonia tersebut dengan dua jaringan oleh pemain baharu Andr Silva pada separuh masa pertama dan Riccardo Montolivo selepas minit-minit ke-25 dan ke-85.

Fabio Borini dan Luca Antonelli menambah dua lagi pada pertengaha­n babak kedua untuk membawa kelab Itali itu ke peringkat kumpulan dengan perlawanan pusingan kedua di stadium lawan pada 24 Ogos.

Pasukan Vincenzo Montella tidak pernah memenangi pertanding­an aras kedua di Eropah itu yang mereka kali terakhir sertai pada musim 2008-2009.

Sementara itu, finalis tahun lepas Ajax Amsterdam tewas 1-0 di stadium sendiri kepada Rosenborg dengan pemain gantian Samuel Adegbenro yang menjaringk­an gol kemenangan untuk kelab Norway itu selepas 77 minit di Belanda.

Marseille seri 1-1 di Domzale, Slovenia, selepas Morgan Sanson menyamakan kedudukan untuk kelab Perancis itu setelah 63 minit selepas Amedej Vetrih meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan selepas 12 minit.

Dalam perlawanan lain, kelab gergasi Turki, Fenerbahce, dengan Nabil Dirar dan Mathieu Valbuena yang bermain, mengalami kekalahan mengejut 2-0 kepada Vardar di Macedonia.

Athletic Bilbao bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Panathinai­kos 32 di Greece hasil dua jaringan

Saya amat gembira dengan separuh masa pertama dan tidak gembira dengan babak kedua. Kami melepaskan peluang untuk menjaringk­an lebih banyak gol. Ronald Koeman Jurulatih Everton

lewat oleh Aritz Aduriz pada minit-minit ke-68 dan ke-73 manakala Red Star Belgrade kecundang 3-2 di Krasnodar, Russia. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LICIK: Pemain Everton, Idrissa Gueye (kanan) menjaringk­an gol kedua untuk pasukannya pada pusingan pertama play-off kelayakan Liga Europa menentang Hajduk Split di Goodison Park.
— Gambar Reuters LICIK: Pemain Everton, Idrissa Gueye (kanan) menjaringk­an gol kedua untuk pasukannya pada pusingan pertama play-off kelayakan Liga Europa menentang Hajduk Split di Goodison Park.
 ??  ??
 ??  ?? GOETZE
GOETZE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia