Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi pertama Neymar di laman sendiri

-

PARIS: Selepas memukau dalam kemunculan pertamanya sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar bakal membuat penampilan sulungnya di stadium sendiri bagi kelabnya dalam perlawanan menentang Toulouse pada malam esok (Ahad).

Pemain paling mahal di dunia itu menjaringk­an satu gol dan mencipta satu lagi dalam persembaha­n bintang ketika PSG menewaskan Guingamp 3-0 di Brittany pada hujung minggu lepas untuk memelihara permulaan mereka yang sempurna kepada musim baharu di Perancis.

Pemain yang ditandatan­gani dengan harga 222 juta euro itu ( RM1.07 bilion) dari Barcelona sudah pun memasuki padang di stadium PSG, Parc des Princes, untuk diperkenal­kan kepada orang ramai sebelum kemenangan 2-0 mereka ke atas Amiens di sana pada hari pertama kempen.

Namun dia tidak sempat didaftarka­n untuk bermain dalam perlawanan itu, jadi penyokong PSG ingin sekali melihat pemain berusia 25 tahun itu bermain menentang Toulouse.

Sebaliknya, jurulatih pasukan lawan lebih khuatir sedikit.

“Kami akan pergi ke Paris untuk pertama sekali bertahan, itu memang pasti. Kami akan bertahan sepenuhnya,” kata Pascal Dupraz, yang menyaksika­n pasukannya mengalahka­n PSG di stadium sendiri dan seri di stadium lawan pada musim lepas untuk menamatkan musim di bahagian tengah liga.

“Saya percaya dengan kemungkina­n mendapatka­n kemenangan di Paris. Itu adalah keindahan bola sepak juga. Jika saya tidak percaya, lebih baik saya membuat perkara lain.”

Dupraz, yang pada minggu ini membawa masuk pemain sayap Ivory Coast, MaxAlain Gradel, sebagai pemain pinjaman dari Bournemout­h, dan menambah: “Kami akan memerlukan tuah dan Tuhan di pihak kami kerana jelas sekali pasukan PSG ini menakjubka­n.

“Tetapi berhati-hati untuk tidak memanggil perlawanan ini sebagai Toulouse lawan Neymar! Paris akan memenangi liga, saya rasa, dan akan sekali lagi pergi jauh di Eropah.”

PSG sibuk dengan usaha untuk mengurangk­an bil gaji mereka ekoran pembelian Neymar, dan sudah meminjamka­n penyerang Sepanyol yang tidak digunakan, Jese, kepada Stoke City dan pada waktu yang sama setuju untuk menjual pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi, kepada Juventus dengan harga 20 juta euro (RM96 juta).

Sementara itu, mereka dipercayai bersedia untuk mengeluark­an satu lagi bayaran blockbuste­r sebanyak 180 juta euro (RM864 juta) bagi menandatan­gani pemain sensasi Monaco, Kylian Mbappe. — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia