Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan Suarez bimbangkan Barca

-

BARCELONA: Barcelona yang bermasalah menerima tamparan baharu menjelang permulaan musim liga Sepanyol apabila Luis Suarez disahkan tidak dapat bermain selama sebulan disebabkan oleh kecederaan lutut kelmarin.

Penyerang Uruguay itu mengalami kecederaan di separuh masa kedua dalam kekalahan 2-0 pada malam Khamis lepas kepada Real Madrid dalam perlawanan pusingan kedua Piala Super Sepanyol, tetapi dia bermain hingga ke akhir ketika Barcelona tewas dengan agregat 5-1.

“Luis Suarez tidak akan beraksi kira-kira selama empat minggu. Ujian yang dijalankan pada pagi Khamis mengesahka­n pemain Uruguay itu mengalami pengembung­an dalam kapsul tulang artikul belakang lutut kanannya yang dialami pada babak kedua perlawanan Clasico pada Rabu lepas di Santiago Bernabeu,” Barcelona menyebut dalam satu kenyataan dalam bahasa Inggeris yang diterbitka­n dalam laman sesawang mereka.

Berita itu bermakna Suarez tidak akan bermain dalam tiga perlawanan pertama Barcelona bagi musim ini dalam La Liga, di stadium sendiri menentang Betis esok (Ahad), di tempat lawan menentang Alaves pada 26 Ogos dan di stadium sendiri menentang Espanyol pada 9 September.

Dia juga tidak akan bermain untuk Uruguay dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Argentina pada 31 Ogos dan Paraguay pada 5 September dan kemungkina­n tidak akan bermain dalam perlawanan kumpulan Liga Juara- Juara yang pertama untuk kelabnya pada 12 atau 13 September.

Barcelona juga memberitah­u pemain pertahanan Gerard Pique menimbulka­n tanda tanya bagi pertemuan dengan Betis disebabkan oleh keterikan pangkal paha, yang bermakna berita buruk selanjutny­a bagi kelab gergasi Sepanyol itu dengan musim panas yang dibayangi penjualan Neymar kepada Paris Saint-Germain. — AFP

 ??  ?? SUAREZ
SUAREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia