Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo tercalon untuk anugerah FIFA

-

PARIS: Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo mendahului calon-calon yang diumumkan kelmarin untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2017.

Kapten Portugal berusia 32 tahun itu adalah calon pilihan untuk mempertaha­nkan gelaran yang dia menangi pada tahun lepas ekoran kejayaan dalam Liga Juara- Juara dan La Liga.

Di antara 24 calon lelaki adalah rakan-rakan Ronaldo dalam pasukan Real Madrid, Dani Carvajal, Toni Kroos, Marcelo, Luka Modric, Keylor Navas dan Sergio Ramos.

Senarai itu turut merangkumi dua pemain Barcelona, Lionel Messi dan Luis Suarez, selain pemain termahal Paris Saint- Germain, Neymar.

Finalis Liga Juara-Juara bersama Juventus, penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, dan rakan sepasukan, Paulo Dybala, turut dicalonkan, selain bekas pemain Juventus, Leonardo Bonucci, yang sudah menyertai AC Milan.

Calon-calon lain termasuk Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund), Eden Hazard (Chelsea), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Zlatan Ibrahimovi­c (Manchester United), Andres Iniesta (Barcelona), Harry Kane (Tottenham), N’Golo Kante (Chelsea), Robert Lewandowsk­i (Bayern Munich), M a n u e l Neue r ( Bayern Munich), Alexis Sanchez (Arsenal) dan Arturo Vidal (Bayern Munich).

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, mendahului senarai 12 calon untuk anugerah jurulatih lelaki terbaik.

Calon lain termasuk Antonio Conte, yang membimbing Chelsea untuk memenangi kejuaraan Inggeris, jurulatih Manchester United yang memenangi Liga Europa, Jose Mourinho dan Massimilia­no Allegri dari Juventus.

Pemenang akan diputuskan oleh juri jurulatih kelab dan antarabang­sa, wakil media dan peminat.

Anugerah berkenaan – satu daripada set anugerah baharu yang dianjurkan oleh FIFA selepas mereka berpisah daripada penganjur Ballon d’Or, majalah France Football – akan disampaika­n di London pada 23 Oktober.

— AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia