Utusan Borneo (Sarawak)

Kevin dan Heidi menuai dua emas

Mengunggul­i acara renang perairan terbuka lelaki dan wanita KL2017

-

PUTRAJAYA:Selepas enampusing­anpenuh mencabar, dua perenang kebangsaan­Kevin Yeap Soon dan Heidi Gan menuai dua pingat emas bagi acara renang 10km Perairan Terbuka Lelaki dan Wanita pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Yeap yang gigih menjalani latihan sejak setahun lepas menamatkan perlumbaan di Kompleks Sukan, Presint 6 di sini dengan catatan masa 2:03:18.

“Ini akan menjadi perlumbaan terakhir saya. Saya mahu bersara selepas ini. Saya berterima kasih kepada keluarga saya, jurulatih saya dan semua orang yang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Merancang untuk menjadi jurulatih renang selepas ini, Kevin berkata ia perlumbaan yang sukar dan adalah satu kelebihan buat dirinya kerana beliau biasa dengan kawasan itu dan ditambah dengan cuaca baik.

“Saya memberikan yang terbaik setakat yang terdaya walaupun saya letih. Saya dapat rasakan pesaing berada di belakang saya sepanjang perlumbaan. Saya tidak berani nak menoleh ke belakang,” katanya.

Bagi Heidi yang kurang sihat sejak minggu lepas namun berjaya meninggalk­an lawannya dan pemenang pingat perak Ben-

Ini akan menjadi perlumbaan terakhir saya. Saya mahu bersara selepas ini. Saya berterima kasih kepada keluarga saya, jurulatih saya dan semua orang yang memberi sokongan kepada saya. Kevin Yeap Soon Perenang lelaki negara

japorn Sruphanomt­horn dari Thailand dengan perbezaan masa lima minit, dengan catatan masa 2:16:27 tidak dapat menyembuny­ikan rasa gembira menyumbang emas kepada negara.

“Saya benar-benar mahu menang dan mendominas­i perlumbaan ini. Saya gembira berjaya melakukann­ya,” katanya.

Olimpian kelahiran Australia itu turut merakamkan penghargaa­n kepada keluargany­a yang sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan kepadanya dan juga jurulatihn­ya.

“Ini membuktika­n apabila anda bekerja keras, anda boleh melakukann­ya,” kata perenang itu yang mula terbabit dalam sukan renang pada umur 15 tahun.

Bagi 10km lelaki, pingat perak dimenangi perenang Thailand Peerapat Lertsathap­ornsuk dengan catatan masa 2:05:41 dan pingat gangsa menjadi milik Aflah Fadlan Prawira daripada Indonesia dengan catatan masa 2:08:40.

Bagi kategori wanita, pingat perak diraih Chantel Liew Li-Shan dari Singapura dengan catatan masa 2:21:30. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Kevin dan Heidi menunjukka­n pingat emas yang dimenangi mereka dalam acara Renang Terbuka 10 KM masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita di Kompleks Sukan Air Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Kevin dan Heidi menunjukka­n pingat emas yang dimenangi mereka dalam acara Renang Terbuka 10 KM masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita di Kompleks Sukan Air Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? LIBASAN: Mohammad Syahir melakukan libasan semasa pertemuan dengan pasukan Brunei pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama LIBASAN: Mohammad Syahir melakukan libasan semasa pertemuan dengan pasukan Brunei pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia