Utusan Borneo (Sarawak)

Kesilapan Myanmar ‘bonus’ buat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kesilapan pemanah Myanmar pada set pertama acara final compound berpasukan campuran bukan bermakna Malaysia mendapat kemenangan mudah pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Skuad memanah compound negara berjaya mengumpul tiga pingat emas selepas gandingan Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh mendahului pemanah Myanmar dengan mata 152-142.

Mohd Juwaidi berkata kesilapan pihak lawan pada set pertama bukan bermaksud Malaysia telah menang sebaliknya kami perlu berusaha untuk membuat panahan terbaik agar kekal mendahului pungutan mata.

“Inilah pentas final, macam mana hebat pun kita… pasti perasaanny­a lain. Memang kesilapan mereka beri kelebihan kepada kita tapi masih ada gangguan lain seperti angin yang terpaksa kita hadapi.

“Walaupun ini bukan pana- han terbaik saya namun dengan panahan ini kami berjaya menghadiah­kan pingat emas buat negara,” katanya kepada pemberita.

Pemanah Myanmar, Ye Min Swe tersasar panahan ke titik sasar bersebelah­an yang menyebabka­n mata tertinggi (10 mata) pasukan itu ditolak.

Dalam pada itu, kedua-dua pemanah negara menyifatka­n kegagalan meraih pingat emas acara compound individu lelaki dan wanita membuatkan mereka lebih bersemanga­t sehingga mampu meraih tiga pingat emas, iaitu dalam acara compound perpasukan lelaki dan wanita semalam, selain emas ketiga hari ini.

Sementara itu, Fatin Nurfatehah yang mempamerka­n aksi lebih konsisten hari ini berharap beliau mampu mengekalka­n prestasi dan momentum semasa ke Taiwan.

Fatin Nurfatehah bersama-sama Nurul Sayzhera Mohd Asmi dijadualka­n ke Taiwan pada petang ini untuk membawa cabaran negara ke temasya Sukan Universiti Dunia (Universaid­e) 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANAHAN EMAS: Fatin Nurfatehah (kiri) bersama Mohd Juwaidi meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara memanah (Compound) Berpasukan Campuran, semalam.
— Gambar Bernama PANAHAN EMAS: Fatin Nurfatehah (kiri) bersama Mohd Juwaidi meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara memanah (Compound) Berpasukan Campuran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia