Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017 medan kembalikan maruah sepak takraw negara

-

KUALA LUMPUR: Tekong utama negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi mempunyai misi tersendiri dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur apabila mahu menjadikan temasya itu sebagai medan mengembali­kan maruah sepak takraw negara selepas sering kali dibayangi kehebatan pasukan Thailand.

Mohammad Syahir, 21, berkata beliau dan rakan sepasukan nekad menamatkan kemarau 26 tahun pingat emas dalam acara regu berpasukan dengan melenyapka­n ego Thailand yang dilihat memperleke­hkan keupayaan pasukan negara dalam acara itu.

Kali terakhir Malaysia memperoleh emas regu berpasukan adalah di Sukan SEA Manila, Filipina pada 1991 dengan menewaskan Thailand 2-1.

Beliau yang juga ketua pasukan negara berkata kejayaan itu bakal menjadi bonus buat skuad sepak takraw kebangsaan selain membuka mata rakyat Malaysia terhadap kemampuan pasukan negara dalam menumbangk­an musuh tradisi negara itu.

“Persediaan saya dan pasukan ketika ini cukup baik untuk berdepan pasukan lawan seperti Thailand nanti, termasuk telah berguru di sana selama dua bulan barubaru ini.

“Latihan yang mendapat bimbingan jurulatih dari negara Gajah Putih itu sangat berguna dalam meningkatk­an kemahiran selain mempertaja­mkan teknik ketika melakukan servis yang mampu menyumbang mata buat pasukan,” katanya kepada Bernama.

Walaupun beraksi di laman sendiri dijangka memberi kelebihan kepada Malaysia, beliau yang merupakan antara tonggak ketika kejayaan negara menyumbang emas dalam acara antara regu di Sukan SEA Singapura pada 2015 mengakui berasa tertekan namun berazam mahu menghadiah­kan aksi terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Selain fokus utama dalam meraih emas acara berpasukan, beliau turut menyasarka­n untuk mempertaha­nkan emas acara antara regu yang dimenangi pada edisi lalu selepas membenam cabaran Laos dengan keputusan 2-0 pada aksi final. Untuk rekod Thailand tidak menyertai acara antara regu ketika Sukan SEA Singapura.

Mengenai penglibata­nnya dalam sepak takraw, anak jati Air Hitam, Pulau Pinang yang aktif bersukan sejak di bangku sekolah, mula bermain sukan itu seawal usia 11 tahun selepas menyedari beliau mempunyai kecenduran­gan dan kelebihan dalam sepak takraw.

“Saya menjadikan bekas guru saya, Raimi Azizan, sebagai idola dalam sepak takraw kerana beliau yang bertanggun­gjawab membimbing sehingga saya mewakili negara,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pulau Pinang yang sangat terhutang budi atas jasa gurunya itu.

Dalam pada itu, ketua jurulatih negara, Abd Talib Ahmad menyifatka­n Mohammad Syahir antara tekong terbaik dunia ketika ini memandangk­an beliau mempunyai ketinggian sempurna selain berupaya melakukan teknik servis deras yang menyukarka­n pihak lawan untuk mengangkat bola sekali gus memberikan mata untuk pasukan.

Acara sepak takraw Sukan SEA 2017 telah membuka tirai Rabu lepas melibatkan acara Chinlone yang berakhir semalam, Acara sepak takraw akan terus berlangsun­g sehingga 30 Ogos di Stadium Titiwangsa di sini.

Bagi acara regu berpasukan yang bermula semalam, Malaysia menundukka­n Brunei 3-0 dalam saingan pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia