Utusan Borneo (Sarawak)

Polo air: M’sia berpeluang tamat kemarau kemenangan

-

KUALA LUMPUR: Skuad polo air lelaki negara berpeluang menamatkan kemarau 12 tahun tanpa pingat di Sukan SEA selepas meraih kemenangan kedua menentang Thailand, semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsun­g di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, pasukan negara menundukka­n Thailand 11- 7, untuk sekurang-kurangnya mencerahka­n peluang meraih pingat gangsa.

Skuad polo air lelaki negara yang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Tan Yi Xun bagaimanap­un terikat 4-4 pada suku pertama perlawanan.

Bangkit dengan sorakan yang gemuruh di Pusat Akuatik Nasional, aksi barisan pemain negara semakin garang apabila mendahului Thailand di suku kedua dan suku ketiga masing-masing dengan jaringan 3-1. Thailand yang cuba mengasak pintu gol negara, bagaimanap­un gagal menyempurn­akan percubaan apabila terkena palang gol Malaysia. Sementara itu, jurulatih negara Voon Yong Hui berkata pada awal perlawanan anak buahnya kelihatan gugup dan tertekan sehingga membolehka­n mereka terikat 4-4 pada suku pertama.

“Saya beritahu para pemain supaya lebih tenang sebab kita masih ada tiga lagi babak permainan.

“Saya gembira pemain berjaya mengawal tekanan dengan baik,” katanya yang sangat berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya setakat ini.

Skuad negara bakal berdepan juara bertahan 26 tahun berturut- turut Singapura, pada Ahad ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia