Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan perlawanan memasuki saingan kedua Liga Betong LSC 2017

-

BETONG: Sebanyak lapan perlawanan memasuki saingan kedua diharungi masing-masing lapan pasukan berentap pada Liga Betong LSC 2017 anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) di Kompleks Sukan Betong.

Pertanding­an dilangsung­kan secara liga kumpulan dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A melibatkan Dayawa Saribas United, PPMB FT, SABERKAS Layar dan KSRTTE BS.

Dalam kumpulan tersebut, Dayawa Saribas United memimpin liga diiringi PPMB FT apabila masing-masing mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri manakala SABERKAS United memenangi satu perlawanan dan tewas satu mengutip tiga mata dan KSRTTE BS masih belum mengutip sebarang mata setelah tewas dua perlawanan.

Ini menyaksika­n perebutan kedudukan masih terbuka merebut tempat bagi beraksi pada saingan separuh akhir apabila masing-masing tiga pasukan berpeluang merebut dua slot terbaik liga.

Kumpulan B membariska­n Bersepai FC, Saratok PC, De’laut FC dan Polibet FC nampak tiada persaingan jelas apabila dua pasukan terbaik ditentukan dan mengesahka­n tempat separuh akhir.

Bersepai FC dan Saratok PC masing-masing mengesahka­n tempat apabila kedua- dua pasukan memenangi dua per- lawanan dan mengutip enam mata meskipun berbaki satu lagi perlawanan peringkat liga kumpulan.

Pertemuan kedua-dua pasukan bakal berentap pada 23 Ogos ini cuma untuk menentukan kedudukan teratas liga.

Sebaliknya, pertemuan baki perlawanan Kumpulan B menemukan De’laut FC dan Polibet FC pada 24 Ogos hanya dilihat sebagai pelengkap jadual selain menjaga maruah pasukan dan memenuhi misi kemenangan.

Apapun jadual perlawanan minggu ketiga bakal menyaksika­n saingan sengit Kumpulan A di mana Dayawa Saribas United menentang KSRTTE BS pada 21 Ogos dan PPMB FT melayan SABERKAS La- yar pada 22 Ogos.

Perlawanan menjadi tumpuan antara PPMB FT dan SABERKAS Layar kerana kedua-dua pasukan perlu memenangi perlawanan sekurang-kurangnya kedudukan kedua dalam Kumpulan A namun keputusan penting antara kedua-dua perlawanan adalah sebagai penentu kedudukan.

Kejohanan Liga Betong LSC 2017 menjadikan Kompleks Sukan Betong sebagai venue rasmi pertanding­an berlangsun­g pada Isnin hingga Khamis.

Peminat sukan bola sepak sekitar Betong dijemput menyaksika­n dan memberi sokongan kepada pasukan bertanding.

 ??  ?? PEMBUKAAN: Gerald Rentap Jabu, Presiden BDFA, Nelson Kloni Kanang dan barisan ahli BDFA bersama pasukan Dayawa Saribas United(hijau) dan SABERKAS Layar (merah).
PEMBUKAAN: Gerald Rentap Jabu, Presiden BDFA, Nelson Kloni Kanang dan barisan ahli BDFA bersama pasukan Dayawa Saribas United(hijau) dan SABERKAS Layar (merah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia