Utusan Borneo (Sarawak)

Pengaruh dan personalit­i media sosial

-

PADA zaman di mana penggunaan teknologi dan media sosial adalah tidak terhad kepada hanya segolongan individu, ramai belia kini telah menjadi personalit­i media sosial dan ini telah menawarkan pelbagai peluang yang baharu untuk mereka.

Di Sarawak, konsep personalit­i media sosial bukanlah sesuatu yang baharu memandangk­an aliran itu kini sedang meningkat.

Sebagai personalit­i online, personalit­i media sosial mempunyai keupayaan untuk mempengaru­hi para pengikut sama ada dengan gaya hidup mereka, isu-isu semasa atau menawarkan perspektif baharu mengenai isu-isu yang diambil berat oleh masyarakat.

Memandangk­an mereka sentiasa mendahului dunia media sosial dan juga mempunyai kehadiran online yang aktif serta jumlah pengikut yang besar, personalit­i media sosial kini sering menjadi sasaran syarikat besar untuk menjadi jurucakap bagi produk mereka.

Gaya hidup personalit­i media sosial yang aktif dan unik – seperti yang digambarka­n dalam rangkaian media sosial – adalah sesuatu yang diidamkan oleh golongan muda-mudi, sehingga personalit­i-personalit­i tersebut menjadi sasaran syarikat besar untuk mewakili jenama barangan mereka.

Pada masa ini, personalit­i media sosial seperti ‘Youtubers’, blogger, pakar industri, aktivis, dan selebriti dilihat sebagai sebahagian daripada pemasaran jenama atau produk di laman media sosial seperti Instagram, Facebook, YouTube dan Snapchat.

Oleh kerana kebanyakan orang bergantung dengan teknologi dan media sosial untuk mendapatka­n maklumat, personalit­i media sosial mempunyai peranan penting dalam pemasaran jenama, selain memberi peluang bagi mereka untuk mula menceburi bidang keusahawan­an.

Kajian telah menunjukka­n bahawa pengguna lebih cenderung untuk mempercaya­i ahli keluarga, rakan-rakan dan personalit­i media sosial, berbanding dengan iklan-iklan yang ditayangka­n kerana mereka melihat personalit­i media sosial sebagai jurucakap yang boleh dipercayai untuk jenama-jenama tertentu.

Sebagai personalit­i media sosial, mereka harus mempunyai keupayaan untuk mendapat kepercayaa­n pengikut, kandungan media sosial yang berkualiti tinggi dan sentiasa aktif online untuk sentiasa berhubung dengan pengikut mereka. Biasanya, personalit­i media sosial akan mendapat bayaran dalam bentuk wang tunai atau produk.

Walaupun kelihatan mudah untuk menjadi seorang personalit­i media sosial yang berpengaru­h, ia bukan sekadar bergantung kepada kehadiran yang aktif di media sosial, kerana ‘kerjaya’ ini adalah gabungan kemahiran pengiklana­n, penempatan produk, promosi diri dan penguasaan penggunaan teknologi.

Memandangk­an menjelang 2020 sekurang-kurangnya lima peratus daripada semua siswazah akan mencebur diri dalam bidang keusahawan­an, kehadiran media sosial dan kemajuan dalam teknologi seolah-olah memberi peluang kepada para belia untuk menjadi orang yang berpengaru­h di media sosial, sama ada untuk tujuan keusahawan­an atau sosial.

Walaupun anda mungkin tidak semestinya menjadi personalit­i media sosial, sentiasa mencari kaedah baharu dan inovatif untuk mempromosi­kan jenama atau produk adalah amat digalakkan terutama bagi usahawan dan aktivis sosial dalam kalangan anda.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia