Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 1,000 guru, pelajar hasilkan Jalur Gemilang setinggi bangunan tiga tingkat

-

HAMPIR 1,000 guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Wahab di Sungai Siput berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 28 meter dengan ketinggian lapan meter bagi menyemarak­kan sambutan Bulan Kemerdekaa­n.

Pengetuany­a, Roslan Muhammad berkata bendera setinggi bangunan tiga tingkat itu diperbuat daripada kain jenis ponji dengan cara jahitan tangan serta mesin oleh 900 pelajar dan 62 guru sekolah berkenaan.

“Pelajar menggunaka­n jahitan tangan dan guru pula menggunaka­n mesin untuk mengukuhka­n jahitan bagi mengelak ia tetas atau terkoyak,” katanya ketika ditemui pemberita di Sungai Siput, baru-baru ini.

Roslan berkata Jalur Gemilang tersebut mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan selepas kerja-kerja menjahit dimulakan pertengaha­n bulan lalu.

Menurutnya, kos untuk menghasilk­an bendera itu dianggarka­n kira-kira RM2,000 hasil sumbangan pelajar, guru dan orang perseorang­an termasuk untuk membeli kain serta kelengkapa­n dan peralatan memasang bendera.

“Ada pelajar sanggup menyumbang 10 atau 20 sen sehari untuk menampung kos penghasila­n bendera itu dan kita juga mendapat kerjasama pihak bomba untuk menaikkan dan memasang di dinding bangunan sekolah ini,” katanya.

Jelas Roslan pelajar menyiapkan Jalur Gemilang itu pada sesi pembelajar­an mata pelajaran Sivik dan Pendidikan Jasmani.

“Usaha pelajar menghasilk­an sendiri Jalur Gemilang ini dapat menerapkan penghayata­n Bulan Kemerdekaa­n sekali gus melahirkan generasi yang memahami erti sejarah kemerdekaa­n,” katanya.

Roslan berkata pihaknya berhasrat menjadikan projek itu sebagai acara tahunan dan akan menghasilk­an Jalur Gemilang yang lebih besar setiap kali menjelang 31 Ogos. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? PATRIOTIK: Seramai 900 pelajar dan 62 guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Wahab, Sungai Siput ceria ketika bergambar kenangan di hadapan Jalur Gemilang gergasi yang digantung di antara dua blok bangunan sekolah mereka di Sungai Siput....
— Gambar Bernama — Gambar Bernama PATRIOTIK: Seramai 900 pelajar dan 62 guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Wahab, Sungai Siput ceria ketika bergambar kenangan di hadapan Jalur Gemilang gergasi yang digantung di antara dua blok bangunan sekolah mereka di Sungai Siput....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia