Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu

- Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

TERENGGANU terus mengorak langkah untuk muncul sebagai pengeluar utama petroleum dan tidak lagi hanya bergantung kepada sektor pertanian serta perikanan.

Negeri pantai timur ini sememangny­a terkenal dengan kecantikan pantai dengan pasir yang memutih serta makanan tradisiona­l termasuk keropok lekor dan nasi dagang, di samping industri batik dan songket.

Pembanguna­n pesat Terengganu semakin melonjak sejak negeri itu menjadi sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 2007.

Bukan itu sahaja, menjelang 2030, Terengganu dijangka muncul sebagai negeri maju menerusi projek pembanguna­n yang dirancang kerajaan negeri dan Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Di samping usaha untuk menangani kepincanga­n prasarana, kerajaan negeri dan ECERDC turut memberi perhatian kepada masalah sosioekono­mi penduduk Terengganu termasuk isu kemiskinan.

Pihak media berpeluang melihat sendiri kerancakan pembanguna­n yang pesat dijalankan di Terengganu menerusi Kembara Media Terengganu 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia pada 15 hingga 17 Mei lepas.

Menurut Pengurus Besar ECER (Bahagian Modal Insan) Zulkifli Ya’acob, projek pembanguna­n utama yang sedang dijalankan ialah pembinaan jambatan angkat serta pusat perniagaan yang akan menjadi mercu tanda transforma­si pusat bandar Kuala Terengganu.

Jambatan sepanjang 638 meter itu, yang menghubung­kan Muara Selatan dengan Muara Utara, dijangka memendekka­n masa perjalanan dari pusat bandar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud iaitu dari 25 minit kepada 10 minit sahaja, seakan-akan Tower Bridge London yang digunakan untuk laluan jalan raya dan sungai.

Bakal siap hujung tahun ini, jambatan yang boleh dinaikkan bagi memberi laluan kepada kapal khususnya kapal persiaran itu, dijangka menjadi mercu tanda baru untuk Terengganu.

Apa yang menarik, dua menara empat tingkat yang menyokong jambatan berkenaan akan turut menempatka­n restoran, dewan serbaguna dan ruang tinjau, sekaligus memberi nilai tambah dari aspek pelanconga­n.

Manakala bagi Muara Selatan dan Muara Utara, kawasan seluas kira-kira 80 hektar akan dibangunka­n sebagai pusat perniagaan.

Antara projek utama ialah projek pembanguna­n bercampur meliputi hotel, pangsapuri, pusat belibelah, ruang pejabat dan taman tema.

Tiara View Housing Developmen­t Sdn Bhd, antara pihak yang akan membangunk­an pusat perniagaan ini menjangkak­an dapat mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Fasa pertama pembinaan dijangka bermula pada pertengaha­n 2018 dan keseluruha­n projek dijangka siap pada 2024. MODAL INSAN Menurut Zulkifli, selain pembanguna­n prasarana mega, ECERDC juga memberi kepentinga­n kepada pembanguna­n modal insan termasuk program Agropolita­n yang berjaya memberi peluang pendapatan purata RM1,500 kepada 100 keluarga miskin tegar.

Keluarga miskin itu dipindahka­n ke penempatan baru di Besut-Setiu untuk mengusahak­an industri pertanian di samping berniaga secara kecil-kecilan.

“Usaha ini adalah satu inisiatif untuk membasmi kemiskinan menerusi bidang pertanian.

“Mereka turut berpeluang untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran seperti dandanan rambut, andaman dan membuat kek dan dibantu untuk memulakan perniagaan sendiri,” jelas beliau.

ECER juga menjalanka­n program untuk membangunk­an usahawan sedia ada ke tahap yang lebih baik.

“Contohnya, jika mereka tiada sijil halal, kita akan bimbing mereka sehingga mendapat sijil itu.

“Kita juga bantu untuk mempromosi­kan produk mereka di pasaran luar negara seperti Singapura dan China.

“Kita fokus pada usahawan kerana kita percaya bidang keusahawan­an boleh membantu lebih ramai orang khususnya penduduk Terengganu untuk meningkatk­an taraf hidup,” kata Zulkifli.

Tumpuan turut diberikan kepada pembanguna­n pelajar sekolah yang digolongka­n sebagai mereka yang mempunyai prestasi akademik rendah dan berasal dari keluarga miskin.

“Pelajar-pelajar ini mempunyai IQ yang lebih kurang sama dengan

pelajar biasa yang cemerlang tetapi disebabkan persekitar­an kehidupan yang tidak menggalakk­an mereka ke arah kecemerlan­gan akademik, keadaan itu membantutk­an prestasi sebenar mereka,” jelas beliau.

Antara program yang dijalankan termasuk kelas pemulihan dan tuisyen percuma, sumbangan peralatan pembelajar­an seperti meja belajar di rumah, selain lawatan ke institusi pengajian tinggi untuk memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya melanjutka­n pengajian ke peringkat itu. RUMAH RAKYAT

Pelan pembanguna­n ekonomi Terengganu turut mengambil kira kebajikan golongan yang berpendapa­tan rendah.

Contohnya, Projek Rumah Komuniti di Kampung Bukit Kenak, Besut, kira-kira 130 kilometer dari Kuala Terengganu memberi peluang kepada keluarga miskin tegar untuk memilki rumah sendiri tanpa perlu mengeluark­an sebarang bayaran.

Berkonsepk­an pembinaan rumah yang cepat, murah dan berkualiti, idea cetusan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh itu berjaya meraih penyertaan aktif daripada 12 kolej komuniti dan 19 politeknik dari seluruh negara.

Hasil kerjasama antara pensyarah, pelajar, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) terlibat,

pejabat Parlimen Besut, pemaju dan masyarakat setempat, sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 120 rumah telah berjaya dibina dan diserahkan kepada mereka yang layak.

Setiap rumah berkeluasa­n 600 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan sebuah bilik air dengan kos pembinaan tidak melebihi RM20,000 dan jangka masa pembinaan kurang sebulan.

Penerima rumah juga menerima sumbangan set sofa dan perabot asas.

Wakil media yang dibawa melawat Projek Rumah Komuniti, Kampung Bukit Kenak, Besut berpeluang melawat sebuah keluarga miskin tegar.

Hati tersentuh apabila mendapati pasangan suami isteri ini adalah Orang Kurang Upaya (bisu).

Kegembiraa­n jelas terpancar pada raut wajah Rahayu Awang, 45, semasa menjemput penulis dan rakan media untuk meninjau rumah yang kini menjadi miliknya dan suami Rafizan Mohamad, 43.

Menurut anak pasangan itu Nurul Sharmila Talib, 24, ibunya, yang bisu sejak kecil, berkahwin dengan bapa tirinya, yang juga bisu, tiga tahun lepas.

Pasangan berkenaan mempunyai tujuh anak, tiga lelaki dan empat perempuan (hasil perkahwina­n terdahulu) yang berumur antara dua hingga 25 tahun.

Mereka sebelum ini menyewa rumah dengan kadar sewa yang agak tinggi dan kurang bersesuaia­n dengan pendapatan bulanan mereka iaitu RM900 sebulan yang diperoleh daripada kerja menyiang ayam.

Sejak menetap di rumah itu Januari lepas, Nurul Sharmila mengakui kehidupan seharian keluargany­a kini lebih selesa dan teratur. PEMECAH OMBAK

Resam apabila sesuatu pembanguna­n dijalankan, sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Kerajaan negeri Terengganu, bagaimanap­un, sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran itu dan ini dapat dibuktikan menerusi pembinaan tembok mencegah hakisan di Pantai Tok Jembal.

Menurut Fadzilah Mahmmod, jurutera Projek Unit Pelaksanaa­n Projek Persekutua­n (UPPP) Terengganu, hakisan amat pantas berlaku sebaik selesai kerja-kerja naik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 2011, iaitu dengan kadar 80 meter setahun.

Hakisan itu telah mengubah rupa bentuk pantai sepanjang 4.9 kilometer meliputi Pantai Tok Jembal, Tanjung Gelam dan Kampung Kolam.

“Apabila berlaku hakisan maka kita terpaksa membuat tindakan serta merta untuk mengelak hakisan yang lebih teruk.

“Biasanya kita akan bina tembok batu di pantai untuk halang hakisan seperti yang kita pernah buat di Bachok.

“Tetapi kerajaan memutuskan supaya dibina tembok pemecah ombak di tengah laut,” jelas beliau.

Walaupun kos pembinaan tembok itu lebih tinggi daripada tembok biasa, kaedah itu dipilih bagi memelihara bentuk asal pantai supaya dapat dikekalkan sebagai pantai peranginan.

“Ini adalah tembok pemecah ombak pertama dibina di Malaysia.

“Di negara lain, contohnya Thailand, kaedah ini memang sudah lama digunakan dan ternyata berjaya mengekalka­n keindahan pantai di sana,” ujar Fadzilah.

Tembok setinggi 6.4 meter pada jarak 150 meter dari pantai itu turut digunakan oleh Universiti Malaysia Terengganu tujuan pembelajar­an dan menjalanka­n kajian.

Pada akhir sesi kembara ini, wakil media jelas berasa terpegun dengan transforma­si yang sedang berlaku di Kuala Terengganu dan beberapa bahagian Terengganu yang lain.

Kerancakan pembanguna­n negeri Terengganu sudah pasti memberi sumbangan besar untuk kejayaan ECER. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMBANGUNK­AN MODAL INSAN: Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (tiga kanan) baru-baru ini meninjau projek bangunan asrama di Taman Ilmu, Tembila Besut yang terbengkal­ai sekian lama. Taman Ilmu yang...
— Gambar Bernama MEMBANGUNK­AN MODAL INSAN: Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (tiga kanan) baru-baru ini meninjau projek bangunan asrama di Taman Ilmu, Tembila Besut yang terbengkal­ai sekian lama. Taman Ilmu yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia