Utusan Borneo (Sarawak)

Erma Fatima, Bade sah bercerai talak satu

-

KUALA LUMPUR: Selepas melayari bahtera perkahwina­n selama 26 tahun, pasangan artis Fatimah Rahmad atau Erma Fatima dan Badaruddin Azmi atau Bade pada Khamis lepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin membenarka­n lafaz cerai oleh Pengarah Fotografi Bade selepas berpuas hati bahawa perkahwina­n pasangan itu menyaksika­n perpecahan dan tidak dapat dipulihkan.

Hakim itu juga menasihatk­an pasangan itu agar tidak bermusuhan dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa depan.

Pasangan itu berpeluk buat seketika, sebelum Bade melafazkan talak satu ke atas Erma Fatima, yang menerbit selain turut berlakon dalam peranan utama siri TV popular ‘Mak Cun’.

Bade, 53, memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pasangan itu berkahwin pada 30 November 1991 dan mempunyai lima anak angkat – Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Erma Fatima, 49, yang diwakili peguam Syariah Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman pernah memfailkan permohonan cerai pada Mei 2015, namun telah menarik balik permohonan itu.

Bade, yang kini telah berkahwin semula dan mempunyai anak sendiri, tiba di mahkamah seorang diri pada jam lebih kurang 10.30 pagi, dan lebih kurang 20 minit kemudiaan, Erma Fatima tiba dengan ditemani oleh adik, Betty Rahmad dan kawan-kawan rapatnya. — Bernama

 ??  ?? ERMA FATIMA
ERMA FATIMA
 ?? — Gambar Bernama ?? TALAK SATU: Bade sah bercerai dengan Erma Fatima pada Khamis lepas.
— Gambar Bernama TALAK SATU: Bade sah bercerai dengan Erma Fatima pada Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia