Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i papar kerjaya dan kehidupan mencabar di Afrika

-

DOKUMENTAR­I kerjaya mencabar dilakukan oleh petugas di Shamwari Animal Centre di East Cape, Africa untuk memelihara serta mengkaji habitat binatang-binatang yang terdapat di sana dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama penonton setianya.

Menerusi dokumentar­i 39 episod bertajuk ‘Shamwari: A Wild Life’ yang akan bersiaran mulai 23 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam menerusi saluran TV1, RTM memberi peluang kepada penonton untuk menghidupk­an impian Afrika dengan mengikuti kerja yang menakjubka­n dari sekumpulan orang yang sangat istimewa iaitu Reserve Game Shamwari Afrika Selatan.

Menariknya kerjaya dan kehidupan seharian mereka dalam ruang lingkup yang sama iaitu tempat kerja mereka adalah 45,000 ekar padang pasir yang penuh dengan haiwan yang paling luar biasa di dunia. Kediaman mereka dikeliling­i oleh pagar elektrik - ia satu-satunya cara untuk melindungi diri dari singa dan gajah.

Kehidupan seharian mereka membawa bersama senapang patah dengan pasukan penangkap. Risikonya hanya dengan sedikit kecuaian boleh mengundang bahaya yang tidak diduga.

Di persekitar­an mereka ada hospital haiwan dan banyak momen istimewa dapat diluangkan bersama untuk menjaga hidupan liar yang tiada keluarga dan juga yang cedera.

Cabaran demi cabaran ditempuhi pasukan bertugas membawa penonton mengikuti permainan harian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri unik haiwan Afrika yang menakjubka­n.

Bersama doktor haiwan, Dr. Johan Joubert yang berkongsi kisah pekerjaan yang paling berbahaya di dunia di mana pesakitnya termasuk beberapa haiwan paling merbahaya seperti singa, harimau, badak dan kerbau.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh petu- gas-petugas di safari tersebut tentang rawatan diberi kepada anak zirafah yang tidak sihat ketika dilahirkan, dijaga sehingga boleh berlari dan makan, badak sumbu yang sakit dirawati seekor anak gajah yang dikakinya terikat wayar besi dibantu dan seekor kucing liar ditangkap oleh peladang dan diambil oleh petugas untuk dilepaskan semula ke hutan.

Kisah binatang yang diselamatk­an iaitu kerbau dipindahka­n untuk genetik, anak gajah dibantu untuk dipulihkan setelah ibunya mati, cara memindahka­n badak sumbu putih dan singa yang terpaksa ditembak ubat tidur menggunaka­n senapang dan perpindaha­n binatang perlu disegeraka­n untuk mengelakka­n kematian.

Turut dikongsika­n cabaran mengatasi bagaimana kawasan penternaka­n dan perladanga­n dibantu oleh pasukan petugas daripada dimusnahka­n oleh binatang-binatang termasukla­h kucing liar yang mengganggu hidup petani, menangani gajah mencabut pokok-pokok yang ditanam peladang, gajah, seladang dan rhino (badak sumbu) dipindahka­n ke kawasan yang lebih sejuk untuk mengelakka­n musim kemarau yang panjang.

Di samping itu dipaparkan juga kisah binatang-binatang yang di bawah penyeliaan mereka mengajar anak gajah yang ditinggalk­an kumpulanny­a menyesuaik­an diri dengan alam persekitar­annya, singa dipindahka­n ke kawasan lain untuk memastikan pembiakan dan pertambaha­n bilangan badak sumbu yang berpindah perlu dibantu kerana ditakuti jatuh dan mati dan gizzelle bertarung untuk menarik perhatian gizzelle betina.

Petugas turut menggu- nakan helikopter dan trak untuk memantau binatangbi­natang yang pindah ke kawasan baru.

Anak singa dijaga dan dipelihara dan kemudianny­a dipulangka­n ke dunia liar. Antara binatang yang dipindahka­n ialah kerbau, badak dan anjing hutan.

Teknik lain digunakan memindahka­n binatang seperti rusa yang dipanggil konsep ‘fly.’ Selain daripada menjalanka­n tugas menjaga binatang di safari ini, mereka bertanggun­gjawab membawa dan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin belajar mengenai binatang.

Ikuti juga perkongsia­n sedih petugas tentang anak badak sumbu yang tercedera terpaksa dimatikan kerana keadaan menjadi terlalu teruk.

 ??  ?? AKAN DATANG: Lyndal Davies dan Dr. Johan Joubert episod pembedahan zebra.
AKAN DATANG: Lyndal Davies dan Dr. Johan Joubert episod pembedahan zebra.
 ??  ?? MENARIK: Salah satu episod dalam dokumentar­i Shamwari bersama hos Lyndal Davies.
MENARIK: Salah satu episod dalam dokumentar­i Shamwari bersama hos Lyndal Davies.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia