Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk bimbang Jalan Ranau Bypass akan putus bila-bila masa

-

KOTA BELUD: Kira-kira 3,800 penduduk di Kampung Pirasan dan Kampung Rangalau meluahkan kebimbanga­n mereka mengenai keselamata­n pengguna Jalan Ranau Bypass di Batu 3 yang akan putus pada bila-bila masa sahaja sekiranya tiada tindakan segera pihak berkuasa.

Ketua Kampung Pirasan Duyok Tahir @Yuk Fa yang mewakili 3,000 penduduk Kampung Pirasan melahirkan kebimbanga­n mengenai keadaan jalan raya di Batu 3, antara Kampung Pirasan dan Kampung Rangalau, yang akan runtuh sekiranya berlaku banjir kilat pada bilabila masa sahaja.

Beliau yang juga bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya mohon jangan hanya meletakkan tanda ‘ Tanah Runtuh’ atau ‘Berbahaya’, tetapi biarlah ada tindakan memperbaik­i segera sebelum jalan raya itu akan memutuskan hubungan pengguna yang tinggal di Mukim Kadamaian.

“Saya juga ingin mencadangk­an agar pihak berkenaan atau kerajaan tempatan me- luluskan peruntukan kilat untuk memperbaik­i jalan raya ini, sebelum terjadi perkara yang tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Rangalu Mijulan Malu- jin berkata demi kebaikan dan kesejahter­aan semua pengguna jalan raya khususnya masyarakat Kota Belud, perlu ada tindakan segera daripada pihak berkenaan.

Katanya, Jalan Ranau By- pass itu adalah jalan utama bagi 800 penduduk di Kampung Rangalau untuk melakukan tugas rutin di pelbagai pejabat bagi pekerja perkhidmat­an awam dan swasta serta laluan memasarkan hasil tani bagi mereka yang berniaga dan para pelajar di SMK Arshad setiap hari.

Sekiranya tiada tindakan segera daripada pihak berkenaan untuk memperbaik­i jalan raya itu, besar kemungkina­n keadaan akan lebih teruk lagi berbanding sekarang di mana masih boleh lagi dilalui oleh kenderaan berat dan kecil.

“Saya berpendapa­t untuk mengatasi banjir kilat yang merosakkan tebing Sungai Tempasuk, setiap yang menjadi sasaran arus air sungai itu haruslah ditambatka­n dengan kapasiti simen yang kuat di samping pedalaman sungai juga harus dilakukan,” katanya.

 ??  ?? KERJASAMA: Anggota TLDM sempat merakamkan gambar kenangan di kapal gempur USS America.
KERJASAMA: Anggota TLDM sempat merakamkan gambar kenangan di kapal gempur USS America.
 ??  ?? MEMBIMBANG­KAN: Jalan Ranau Bypass di Batu 3 dijangka akan putus akibat banjir kilat pada bila-bila masa sahaja.
MEMBIMBANG­KAN: Jalan Ranau Bypass di Batu 3 dijangka akan putus akibat banjir kilat pada bila-bila masa sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia