Utusan Borneo (Sarawak)

Belum terima maklumat, jika ada individu miliki dua kerakyatan

-

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau belum ada menerima sebarang maklumat berhubung kewujudan kes individu yang memiliki dua kerakyatan ( Indonesia dan Malaysia), setakat ini.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Krishna Djelani berkata setakat ini, belum ada kes berkaitan dilaporkan di wilayah perbatasan Tawau (Malaysia) - Nunukan (Indonesia).

“Polisi atau dasar Pemerintah Indonesia jelas untuk tidak mengiktira­f rakyat yang berstatus dua kewarganeg­araan, kecuali mereka yang lahir selepas tahun 2006,” katanya.

Katanya, individu yang lahir selepas 2006 diberi ruang memilih status kerakyatan sama ada menjadi warganegar­a Indonesia atau warganegar­a lain, ketika berusia 18 tahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di Wisma KRI Tawau, di sini pada Khamis.

Krishna berkata, rakyat Indonesia yang berada di pantai timur Sabah diingatkan supaya akur dan mematuhi tuntutan perundanga­n yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Janganlah kita membuat kekacauan ataupun ‘melawan’ undang-undang kerana kita harus menjunjung tinggi nama baik Bangsa Indonesia serta memelihara kesatuan kita,” katanya.

Menyentuh hal berasingan, beliau merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Malaysia kerana mengeluark­an polisi pendaftara­n pekerja asing untuk dokumen pasport pekerja.

Pada masa sama, majikan yang menggaji Tenaga Kerja Indonesia ( TKI) diharap dapat menjaga kebajikan dan mendapatka­n pasport pekerja untuk TKI masing-masing.

 ??  ?? HARI MERDEKA: Krishna mengagihka­n hidangan tradisi Nasi Tumpeng kepada warga Indonesia yang hadir sempena sambutan HUT Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di Wisma KRI Tawau.
HARI MERDEKA: Krishna mengagihka­n hidangan tradisi Nasi Tumpeng kepada warga Indonesia yang hadir sempena sambutan HUT Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di Wisma KRI Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia