Utusan Borneo (Sarawak)

BNM akan keluar rangka kerja tangani peningkata­n insurans perubatan

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) akan mengeluark­an rangka kerja secepat mungkin untuk mengurangk­an peningkata­n insurans perubatan, yang kini berada pada 12 peratus.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata kadar peningkata­n semasa adalah sangat tinggi, justeru itu langkah- langkah perlu diambil untuk menangani isu itu.

Beliau berkata peningkata­n tuntutan perubatan telah meningkatk­an tekanan terhadap premium insurans perubatan.

“Secara purata, tuntutan insurans perubatan meningkat 14 peratus setahun,” kata Muhammad semasa pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua negara, di sini, semalam.

Tuntutan bersih dibayar kepada pemegang polisi meningkat kepada RM4.9 bilion pada 2016 berbanding RM4.5 bilion pada 2015, di mana tuntutan ini dirangsang oleh permintaan terhadap penjagaan kesihatan yang lebih baik, penduduk berusia dan peningkata­n penyakit kronik dan gaya hidup.

Beliau juga berkata kenaikan kos ubatan dan rawatan juga merupakan antara faktor yang membawa kepada tuntutan insurans tinggi.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai kehadiran syarikat insurans asing dalam pasaran tempatan, yang mana ada sesetengah­nya yang tidak mematuhi undang-undang pemilikan Malaysia, Muhammad berkata bank pusat menggesa syarikat insurans ini memenuhi janji- janji mereka.

“Itulah apa yang kami min- ta selepas memberikan lesen (kepada syarikat insurans) untuk beroperasi di Malaysia... bagaimanap­un tempoh masa bagi memenuhi janji- janji itu bergantung kepada saiz syarikat, syarikat yang lebih kecil akan berdepan dengan masalah lebih kecil dan sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, syarikat insurans asing dalam pasaran domestik telah diarah untuk mencari rakan kongsi tempatan dan melibatkan rakan kongsi tempatan seperti yang termaktub dalam undang- undang pemilikan Malaysia.

BNM dilaporkan mengeluark­an arahan pada April kepada Tokio Marine Holdings Inc, AIA Group Ltd, Great Eastern Holdings Ltd dan Prudential untuk menyerahka­n identiti rakan kongsi tempatan, yang akan mengambil alih 30 peratus pemegangan saham dalam operasi mereka.

Susulan liberalisa­si pemilikan asing, Malaysia meminta syarikat insurans dan pengendali takaful asing untuk mematuhi syarat 30 peratus penyertaan tempatan dalam syarikat mereka dan mengekalka­n 49 peratus hingga 70 peratus ekuiti asing dalam syarikat mereka.

Mengenai perkembang­an lain, faktor-faktor risiko lebih meluas, iaitu model kenderaan, pengalaman pemandu, tingkah laku semasa memandu dan ciri-ciri keselamata­n kenderaan kini diambil kira untuk menentukan premium insurans motor berbanding faktor-faktor seperti usia diinsurans­kan, usia kenderaan dan rekod tuntutan lepas.

Pada 2016, 19,307 kenderaan dicuri dan syarikat insurans membayar RM77.8 juta bagi tuntutan kecurian bagi tiga model kenderaan utama iaitu Toyota Vellfire, Mitsubishi Pajero dan Toyota Hilux. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKU LAPORAN: Muhammad Ibrahim menunjukka­n buku laporan prestasi Ekonomi Suku Kedua Tahun 2017 di bangunan Bank Negara Malaysia semalam.
— Gambar Bernama BUKU LAPORAN: Muhammad Ibrahim menunjukka­n buku laporan prestasi Ekonomi Suku Kedua Tahun 2017 di bangunan Bank Negara Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia