Utusan Borneo (Sarawak)

Harga rumah turun lima peratus dengan IBS: CIDB

-

SEPANG: Harga rumah mampu turun sehingga lima peratus apabila kaedah pembinaan secara Sistem Bangunan Berindustr­i ( IBS) dijadikan syarat mandatori pembinaan pada 2020, kata Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB).

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad Asri Abd Hamid berkata pemaju dapat mengurangk­an kos dalam aspek guna tenaga dan produktivi­ti iaitu jangka masa projek dapat dijimatkan antara 12 dan 18 bulan melalui IBS berbanding pembinaan menggunaka­n sistem konvension­al.

“Apabila guna tenaga dikurangka­n dan tempoh pembinaan lebih pendek, bermakna rumah yang dibina dapat dijual lebih cepat, sekali gus membantu penjimatan sehingga dua peratus kadar faedah pinjaman bank bagi projek tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Gamuda Industrial­ised Building System (GIBS) di sini kelmarin.

Ahmad Asri berkata, penurunan lima peratus itu boleh dicapai dalam tempoh tiga tahun pertama pelaksanaa­nnya jika permintaan terhadap komponen pembinaan IBS tinggi dan terus meningkat.

“IBS ini pembuatan, macam buat kereta, jika pengeluara­n kurang daripada satu juta unit, kereta akan jadi lebih mahal kerana tidak kompetitif dalam pasaran.

“Begitu juga IBS, apabila penggunaan­nya dalam sektor pembinaan dikuatkuas­akan, permintaan akan meningkat dan atas faktor itu, kita yakin harga rumah dijangka menurun mengikut trend permintaan pada masa itu,” katanya.

Mengenai tahap penggunaan IBS dalam industri pembinaan ketika ini, Ahmad Asri berkata projek kerajaan telah mencapai kadar 70 peratus manakala kajian sedang dijalankan untuk menentukan penggunaan IBS dalam projek swasta selepas hanya 15 peratus direkodkan dalam tempoh tiga tahun lepas.

“Kita (CIDB) sedang memberi tumpuan kepada inisiatif mewujudkan ekosistem melalui promosi dan latihan kepada kontraktor atau pemaju perumahan mengenai kepentinga­n dan kelebihan IBS sebelum ia dikuatkuas­akan sepenuhnya selepas ini,” katanya.

Fadillah semasa melawat GIBS mengulangi komitmenny­a untuk memasukkan inisiatif tambahan bagi menggalakk­an kilang bersepadu sepenuhnya seperti GIBS melalui Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020.

Dibina dengan kos seban- yak RM200 juta, GIBS adalah kilang IBS robotik dengan automasi sepenuhnya yang pertama di negara ini dan mempunyai teknologi untuk menyesuaik­an dengan produk hartanah bagi memenuhi spesifikas­i individu dan kapasiti untuk menghasilk­an 3,000 unit pangsapuri setahun pada masa ini.

Beliau berkata kilang tersebut, yang menggabung­kan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), automasi robotik dalam pembuatan dan pelaksanaa­n projek melalui platform digital, merupakan model yang boleh menjadikan sektor pembinaan relevan dan berdaya saing di peringkat global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia