Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Syarikat Hock Peng buka hotel ke-10

Hotel Li Hua dibina di Bintulu Sentral Commercial Centre

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kumpulan Syarikat Hock Peng telah membuka hotel baharu ke-10 di negeri ini iaitu Hotel Li Hua dan yang kedua di bandar Bintulu secara tidak rasminya semalam di Bintulu Sentral Commercial Centre.

Upacara pembukaan tidak rasmi hotel itu dihadiri oleh Pengarah Urusan Hock Peng Organisati­on, Datuk Toh Chew Hock dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Hock Peng, Pemanca Datuk Dr Francis Toh Chiew Peng, ahli keluarga dan rakan-rakan niaga syarikat terbabit.

Hotel yang dibangunka­n di bawah satu bangunan dikenali sebagai Wisma Li Hua itu menghubung­kan pembanguna­n bersepadu dengan Kompleks Beli- belah dan Terminal Bas Bintulu Sentral di kawasan pembanguna­n Bintulu Sentral Commercial Centre di Jalan Kidurong.

Hotel terbabit merupakan antara satu daripada kumpulan Hotel Li Hua dan Hotel Medan yang dibangunka­n oleh syarikat Hock Peng Organisati­on dan kumpulan hotel terbabit merupakan ahli kepada syarikat itu sejak ditubuhkan pada tahun 1962.

Selain pembanguna­n hotel, syarikat terbabit turut menumpukan kepada pembanguna­n hartanah, pembinaan, peruncitan dan pegangan pelaburan. Kumpulan hotel itu ditubuhkan pada tahun 1981 dan gabungan jumlah keseluruha­n bilik hotel yang telah dibina adalah lebih daripada 1,200 bilik di seluruh Sarawak merangkumi bahagian Sibu, Bintulu, Mukah dan Betong.

Ia menyediaka­n perniagaan yang mencukupi dan peluang pekerjaaan kepada penduduk setempat dalam industri hospitalit­i dan menyumbang kepada pertumbuha­n industri pelanconga­n.

Francis Toh berkata, Hotel Li Hua lima tingkat yang kedua dibina di bandar Bintulu itu menyediaka­n kemudahan 165 bilik penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan yang moden dan berkualiti turut menghubung­kan kompleks beli-belah dan bas terminal di bawah satu bumbung.

“Kemudahan yang terdapat dalam hotel adalah lif, Sistem Kad Akses Keselamata­n, Sistem Perlindung­an Kebakaran yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiga bilik mesyuarat atau bilik persidanga­n yang mampu menampung 50 hingga 300 orang dalam satu masa, Coffee House dan bilik gim, televisyen LCD 32 inci, dilengkapi kemudahan pendingin hawa, kamera litar tertutup (CCTV) kawalan 24 jam, WiFi dan Astro,” katanya.

Beliau berkata, Hotel Li Hua Bintulu di Terminal Bas Bintulu Sentral adalah lokasi di tengah-tengah pembanguna­n yang strategik sepanjang Jalan Kidurong membentuk sebahagian daripada pembanguna­n pelan induk Bintulu Sentral.

“Hotel Li Hua baharu dibangun pula antara pembanguna­n hotel yang menyediaka­n kemudahan perniagaan dan peluang pekerjaan tambahan kepada mereka yang terlibat dalam industri hospitalit­i di Bintulu termasuk penginapan yang selesa dengan harga berpatutan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Francis Toh berkata, pembanguna­n Wisma Li Hua yang menghubung­kan secara terus dengan Terminal Bas Bintulu dan berkongsi bangunan dengan kompleks beli-belah, peruncitan dan premis makanan dan minuman, kedai popular Mr DIY dan Devil Evilly Good Cafe akan menjadi tumpuan orang ramai terutamany­a bagi mereka yang menggunaka­n kemudahan pengangkut­an bas dan yang menginap di hotel terbabit.

Tambahnya, promosi pembukaan paling menarik di Hotel Li Hua baharu ini untuk bilik tetamu adalah bermula daripada RM78 untuk Deluxe Single hingga kepada RM288 untuk Executive Suite.

Justeru, mereka yang berkeingin­an untuk merasai pengalaman dan layanan istimewa penginapan di Bintulu daripada kumpulan Hotel Li Hua hubungi perkhidmat­an pelanggan hotel di talian 086-257888 atau e-mel lhh6@ lihuahotel. com. my untuk tempahan.

 ??  ?? PEMBUKAAN: Francis, Toh (kanan) dan ahli keluarga lain menyaksika­n tarian singa semasa pembukaan tidak rasmi Hotel Li Hua di Bintulu Sentral semalam.
PEMBUKAAN: Francis, Toh (kanan) dan ahli keluarga lain menyaksika­n tarian singa semasa pembukaan tidak rasmi Hotel Li Hua di Bintulu Sentral semalam.
 ??  ?? TRADISI: Pembukaan tidak rasmi Hotel Li Hua di Bintulu Sentral semalam diserikan dengan persembaha­n tarian singa.
TRADISI: Pembukaan tidak rasmi Hotel Li Hua di Bintulu Sentral semalam diserikan dengan persembaha­n tarian singa.
 ??  ?? BELUM RASMI: Toh, Francis (tengah) dan ahli keluarga lain menghadiri majlis pembukaan tidak rasmi Hotel Li Hua baharu di Bintulu Sentral semalam.
BELUM RASMI: Toh, Francis (tengah) dan ahli keluarga lain menghadiri majlis pembukaan tidak rasmi Hotel Li Hua baharu di Bintulu Sentral semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia