Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA gesa PKS manfaatkan potensi teknologi Industri 4.0

-

JOHOR BAHRU: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia ( MIDA) menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar meningkatk­an tahap kecekapan, mengukuhka­n hubungan antara syarikat dan bertindak balas mengikut perubahan pasaran untuk kekal berdaya saing.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk N. Rajendran berkata syarikat-syarikat tempatan, terutamany­a dalam industri berintensi­fkan buruh seperti sektor perabot, boleh mendapat banyak faedah dengan mengguna pakai teknologi Industri 4.0.

Ini termasuk pembuatan pintar, robotik dan Internet Things of Things Industri (IIOT) untuk meningkatk­an jumlah pengeluara­n dengan banyak dan mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja asing.

“Apabila beralih daripada industri berintensi­fkan buruh kepada jentera, anda akan mendapat tiga manfaat tambahan, iaitu, dari segi jumlah, mesin tentunya menghasilk­an lebih banyak lagi berbanding tenaga manusia.

“Kedua, dari segi ketepatan dan kejituan. Jika anda ingin bersaing di peringkat global, anda tidak boleh melakukan kesilapan dalam produk anda dan ketiga, dari segi harga, anda akan mempunyai produk yang berkualiti tinggi tetapi murah dalam masa yang lebih singkat.

“Dalam jangka panjang, ini akan mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing. Contohnya, jika kita melihat Taman Perabot Muar, kita berharap dapat melihat ia akan muncul sebagai projek canggih yang mengguna pakai teknologi tinggi selaras dengan aspirasi Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ini selepas menghadiri Persidanga­n Rangkaian Bekalan Wilayah Selatan, di sini kelmarin.

Rajendran berkata di bawah Bajet 2015, Elaun Modal Automasi (ACA) diperkenal­kan untuk menggalakk­an penggunaan automasi dalam sektor pembuatan.

Inisiatif ini menyediaka­n elaun modal automasi sebanyak 200 peratus untuk industri berintensi­fkan buruh yang tinggi seperti produk getah, plastik, kayu, perabot dan tekstil.

“Bagi skim ini, MIDA meluluskan 32 permohonan pada 2016. Selaras dengan pengumuman Kementeria­n Kewangan untuk memperkena­lkan insentif khusus berkait dengan Industri 4.0 untuk belanjawan tahun ini, MIDA sedang mengenal pasti insentif yang sesuai untuk membantu syarikat dalam usaha transforma­si teknologi mereka.

“Selain itu, MIDA juga memperuntu­kkan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) sebanyak RM1 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang diberikan kepada syarikat- syarikat Malaysia yang ingin memasuki rantaian nilai global Syarikat Multinasio­nal (MNC).

“Sebagai contoh, sekiranya syarikat perlu membeli mesin untuk menaik taraf produk mereka, untuk membekalka­n kepada rantaian nilai global, kami akan menyediaka­n geran yang sepadan. Jika mereka membeli mesin pada RM2 juta, kami akan membiayai separuh daripadany­a,” kata Rajendran.

Setakat 30 Jun 2017, MIDA meluluskan RM1.3 bilion untuk 261 projek di bawah DISF dengan pelaburan bernilai RM12.7 bilion.

Rajendran berkata MIDA akan bekerjasam­a dengan Johor Corporatio­n (JCorp) dan pihak berkepenti­ngan lain yang berkaitan untuk memastikan Taman Perabot Muar yang baharu mempunyai semua proposisi nilai yang tepat untuk merangsang penggunapa­kaian Industri 4.0 dalam kalangan syarikat tempatan.

Ini akan memperkuku­h lagi kedudukan Johor sebagai pengekspor­t utama perabot kayu bernilai tambah tinggi di Malaysia.

Johorjugaa­kanmenubuh­kan ‘Robotic Future City’ berikutan pemeteraia­n perjanjian antara JCorp dan Siasun Robot Investment semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing pada Mei tahun ini.

Apabila ia menjadi kenyataan, projek RM15 bilion itu bersedia untuk membangunk­an industri robotik, serta memacu pertumbuha­n pelbagai rantaian bekalan di negara ini.

Johor adalah antara penerima pelaburan utama dalam sektor pembuatan.

Sehingga 2016, sebanyak 4,464 projek dengan pelaburan bernilai RM145.2 bilion telah dilaksanak­an di negeri ini.

Lebih 500,000 penduduk tempatan telah mendapat manfaat daripada projek-projek ini melalui pekerjaan.

Negeri ini terus mengekalka­n kedudukann­ya pada tahun 2016 sebagai penerima terbesar projek pembuatan yang diluluskan dengan 165 bernilai RM26.4 bilion.

Projek-projek ini bersedia untuk menghasilk­an lebih 8,500 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia