Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai pengendali kereta api tempatan diperlukan bagi perkhidmat­an kargo: Liow

-

KUALA LIPIS: Malaysia memerlukan lebih ramai pengendali kereta api tempatan untuk mengendali­kan perkhidmat­an kargo bagi meningkatk­an hubungan dan aktiviti perdaganga­n, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata dengan lebih ramai pengendali kereta api, kos pengendali­an barangan yang dibawa oleh kereta api dapat dikurangka­n berikutan ia akan menjadi lebih kompetitif.

“Selain itu, kita juga akan dapat mengurangk­an kesesakan jalan raya, pencemaran dan kemalangan jalan raya yang melibatkan lori dan treler,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Liow berkata demikian semasa lawatannya menyaksika­n majlis penyerahan jentera daripada dua syarikat China, China Jiangsu KTK Locomotive & Rolling Stocks Co Ltd dan Gemac Engineerin­g Machinery Co. Ltd, kepada Fajarbaru Builder Group Bhd.

Liow berkata Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd menguruska­n operasi kereta api di negara ini.

Liow turut menggalakk­an KTMB, yang telah menjadi penggiat utama dalam industri kereta api selama lebih satu abad sekarang, bekerjasam­a dengan rakan swasta dan menembusi pasaran antarabang­sa.

“Kita perlu mencari jalan untuk menjadi penggiat di peringkat serantau dan merebut peluang di luar Malaysia,” katanya.

Liow, yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan, berkata hubungan kereta api yang lebih baik akan membantu meningkatk­an ekonomi dan semua pihak akan mendapat manfaat daripadany­a, berdasarka­n kejayaan Sungai Buloh-Kajang Mass Rapid Transit (SBK MRT).

“Siapnya laluan tersebut bukan sahaja membawa pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi juga Greater Kuala Lumpur, untuk terus memacu ekonomi negara,” katanya.

Laluan SBK MRT merupakan laluan transit rel yang kesembilan dan sistem rel tanpa pemandu yang automatik sepenuhnya yang kedua di Lembah Klang.

Fasa kedua MRT, laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, kini dalam pembinaan dan dijangka beroperasi menjelang 2022. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Liow (dua, kanan) diberi penerangan ringkas oleh Ketua Pegawai Operasi Fajarbaru Builder Group Berhad Toh Teong Hock (kanan) semasa melihat mesin kerja trek selepas menyempurn­akan serah milik mesin itu kepada Fajarbaru Builder Group Berhad...
— Gambar Bernama PENERANGAN: Liow (dua, kanan) diberi penerangan ringkas oleh Ketua Pegawai Operasi Fajarbaru Builder Group Berhad Toh Teong Hock (kanan) semasa melihat mesin kerja trek selepas menyempurn­akan serah milik mesin itu kepada Fajarbaru Builder Group Berhad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia