Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia dijangka lebih tinggi pada 2017

Kekal dalam momentum menaik sejak suku kedua 2016

-

KUALALUMPU­R:Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuha­n lebih tinggi tahun ini, mengatasi sasaran awal antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus berikutan prestasi kukuh separuh pertama, kata Gabenor Bank Negara Malaysia ( BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

“Angka baharu (sasaran) akan diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentang­an Bajet (akan datang).

“Kami di Bank Negara bekerjasam­a dengan kementeria­n dan unjuran kami ia (angka itu) tentunya melebihi 4.8 peratus,” katanya semasa pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua negara di sini semalam.

Ekonomi Malaysia kekal dalam momentum menaik sejak suku kedua 2016 dengan pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2017 berbanding 4.0 peratus pada suku yang sama tahun lepas.

Bagi tempoh enam bulan, ekonomi berkembang sebanyak 5.7 peratus.

Pengembang­an pada suku kedua 2017, lebih baik daripada 5.6 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2017, didorong oleh pertumbuha­n kukuh eksport kasar, serta dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan, di samping pelaburan swasta.

Muhammad menjangkak­an penggunaan domestik dan eksport akan meningkat lagi pada separuh kedua tahun ini dengan sentimen pasaran global bertambah baik, seperti yang dilihat dalam aliran masuk bersih yang kukuh sebanyak RM7.3 bilion pada suku kedua 2017.

Di samping itu, beliau berkata pilihan raya umum akan datang akan membantu menyumbang kepada penggunaan pengguna yang lebih tinggi pada baki suku tahun.

“Kita telah melihat pelabur asing kembali ke pasaran bon kita serta pelaburan langsung asing,” katanya, sambil menambah bahawa tidak ada faktor 1Malaysia Developmen­t Bhd di pasaran yang menjejaska­n sentimen pada suku kedua 2017.

Pelaburan portfolio oleh bukan pemastauti­n mencatatka­n aliran masuk bersih sebanyak RM18.8 bilion terutamany­a disebabkan oleh pemulihan pembelian Sekuriti Kerajaan Malaysia dan penyertaan yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti.

Muhammad berkata sentimen pelabur pada umumnya meningkat pada suku kedua 2017, disokong oleh pengumuman inisiatif untuk membangunk­an pasaran kewangan tempatan, prestasi ringgit yang lebih kukuh, jangkaan prospek pendapatan korporat yang lebih baik dan prospek pertumbuha­n domestik.

Mata wang tempatan telah mengukuh semasa suku dalam kajian, yang mencermink­an asas ekonomi negara, katanya.

Beliau berkata inflasi sebanyak 4.1 peratus pada suku kedua 2017 berkemungk­inan sederhana kepada 3.0 peratus hingga 4.0 peratus pada separuh kedua 2017, bagi mencermink­an kesan penurunan faktor kos global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia