Utusan Borneo (Sarawak)

Energas bolehkan Petronas teroka negara-negara dikenakan sekatan

-

KUALA LUMPUR: Penubuhan Energas Insurance (L) Ltd, syarikat penanggung insurans kaptif tunggal Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah membolehka­n syarikat minyak dan gas negara itu meneroka negara yang dikenakan sekatan seperti Sudan, Cuba dan Myanmar ( yang sekatan digantung, tidak ditarik balik).

Ketua Pegawai Eksekutif Energas, Raziyah Yahya berkata sebagai penanggung insurans kaptif, syarikat boleh menginsura­nskan risiko di negara yang dikenakan sekatan yang tidak dilindungi oleh penanggung insurans konvension­al tradisiona­l yang disokong oleh AS.

“Adalah lebih mudah bagi kumpulan meneroka negara-negara yang dikenakan sekatan ini kerana kita tahu bahawa jika ada keperluan untuk insurans, kaptif telah ada untuk menyediaka­n perlindung­an insurans yang tidak dapat diberikan oleh penanggung insurans tradi- sional disebabkan oleh sekatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar Persidanga­n Kaptif Asia 2017 yang berlangsun­g selama satu setengah hari dan berakhir kelmarin.

Raziyah berkata di bawah peraturan Kawalan Aset Asing Pejabat Perbendaha­raan AS, mana-mana penanggung insurans antarabang­sa di mana penyokong modal atau pemegang saham mereka berasal dari AS, tidak boleh menanggung sebarang risiko di negara yang disekat.

“Apabila mereka tidak dapat menginsura­nskan risiko, kami tidak dapat menginsura­nskan sepenuhnya risiko kami di negara-negara tersebut, jadi kaptif boleh bertindak sebagai penyedia kapasiti dalam hal itu.

“Dan inilah antara faedah untuk menubuhkan kaptif,” katanya.

Kaptif adalah entiti insurans atau reinsurans, yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh entiti perindustr­ian, komersial atau kewangan, yang menyediaka­n perlindung­an insurans atau reinsurans untuk memberi perlindung­an bagi risiko, aset dan liabiliti syarikat induknya.

Raziyah berkata pada masa ini, Energas menginsura­nskan risiko kompleks operasi yang melibatkan sektor-sektor seperti luar pesisir dan penapisan.

“Kami kini beransur-ansur memulakan penanggung­an risiko yang berkaitan dengan projek seperti pembinaan dan mengkaji risiko liabiliti, yang kami percaya kami mempunyai kepakaran untuk menilai secara dalaman,” katanya sambil menambah bahawa risiko perubatan akan menjadi fasa seterusnya untuk dikaji.

Terdahulu, dalam sesi panel bertemakan, ‘Setahun Dalam Kaptif’, Raziyah berkata, penubuhan Energas di Labuan telah membolehka­n Petronas menjimatka­n kos premium insurans.

“Kos yang kami jimatkan bagi setiap lima tahun bersa- maan dengan premium setiap tahun,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, Petronas dapat menjimatka­n kira-kira 25 peratus daripada kos premium insurans setahun selepas membelanja­kan AS$10.5 juta (AS$1 = RM4.29) untuk menubuhkan Energas pada Mac 2005.

Sebelum itu, Petronas terpaksa mengeluark­an kira-kira RM1 bilion setahun untuk premium insurans kepada syarikat insurans konvension­al yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia