Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Sarawak ‘Redefining Global Tribes’ dapat sokongan menggalakk­an

-

KUCHING: Kempen Sarawak ‘Redefining Global Tribes’ (RGT) telah menerima sokongan tidak terhingga daripada pelbagai organisasi dari seluruh Malaysia dalam merealisas­ikan aspirasi Acara Perniagaan (BE), pada hujung minggu ini.

Penaja utama termasuk Borneo Tru Events, Syarikat Penerbanga­n Qatar, Hotel Hilton Kuching, Pullman Kuching, Agensi Pelanconga­n CPH, Place Borneo, Evenesis (Y Us Sdn Bhd), dan Intellect Asia.

Kempen RGT turut melibatkan rakan BE Sarawak seperti syarikat pengurusan destinasi, Aiman Planet Borneo, Hotel UCSI dan penganjur acara Spiral Events dan Event Horizon, untuk lawatan suai kenal selama empat hari tiga malam di luar kawasan acara.

Persatuan- persatuan antarabang­sa, seperti Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabang­sa (ICCA) Asia Pasifik, turut berganding bahu menyertai pergerakan kempen, dengan Pengarah Serantauny­a Noor Ahmad Hamid dipilih sebagai pemudah cara utama untuk ‘We Are the Global Tribes- Redefined Business Forum’; menyelami kepentinga­n suku-suku kaum BE global.

Ketua Pegawai Operasi, Biro Konvensyen Sarawak, Amelia Roziman dalam satu kenyataan semalam berkata:

“Apa yang kita ada di sini hari ini adalah unjuran maklumat yang disatukan, disokong oleh penaja dan rakan kongsi kami yang memahami nilai Acara Perniagaan.

“Redefining Global Tribes bukan kempen satu kali, tetapi panggilan untuk kerjasama yang akan menjadi lebih jelas apabila kita mencebur lagi pada dekad seterusnya Acara Perniagaan.”

Bermula kelmarin, SCB mengumpulk­an kira- kira 100 pakar dari persatuan, akademia, korporat, media dan duta persidanga­n dari dalam dan luar negara, untuk menjadi kumpulan perintis kempen tersebut.

Berakhir 20 Ogos, lawatan suai kenal itu akan turut merangkumi ‘Tribal Warrior Challenge’, perlumbaan halangan di mana 100 pakar akan menyertai kategori ‘Bizst Mode’ lima kilometer.

Mengenai kepentinga­n perlumbaan berhalanga­n dalam lawatan suai kenal itu, Roziman berkata, ia bukan satu kelaziman, namun pihaknya sentiasa membuat kepelbagai­an dalam apa yang Sarawak dapat tawarkan untuk sektor Acara Perniagaan.

“Mode Bizst 5KM memperkuku­hkan nilai- nilai penting dalam menangani cabaran dalam kehidupan dan perniagaan menggunaka­n nilai-nilai perpaduan, komuniti dan identiti.

“Sifat cabaran itu men- unjukkan nilai semangat berpasukan, bagaimana rintangan, walaupun nampak besar, boleh ditangani dengan komuniti individu berfikiran sama,” katanya lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen RGT, hantarkan e- mel kepada jemima@ sarawakcb. com atau hubungi 082-242516.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tribal Warrior Challenge, layari www.tribalwarr­ior.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia