Utusan Borneo (Sarawak)

Cincin berlian akhirnya ditemui pada lobak merah

-

OTTAWA: Seorang wanita tua dari Kanada menemui sebentuk cincin pertunanga­n berlian milik beliau yang hilang pada 13 tahun lepas, selepas ia muncul pada minggu ini pada sebatang lobak merah yang ditarik dari kebunnya sendiri.

Mary Grams, 84, memberitah­u media tempatan beliau telah kehilangan cincin yang beliau pakai sejak 1951 ketika mencabut rumput di ladang keluarga berhampira­n Armena, Alberta pada 2004.

Kerana malu beliau berkata beliau merahsiaka­nnya daripada semua orang kecuali anak lelakinya, sehingga sanggup membeli sebentuk cincin gantian supaya suaminya Norman tidak akan menge- tahuinya. Norman telah meninggal dunia pada 2012 sejurus selepas ulang tahun perkahwina­n ke-60 pasangan tersebut.

Pada minggu ini, menantu perempuan Grams, Colleen Daley, yang sekarang menetap di ladang tersebut, dilaporkan menemui cincin pada sebatang lobak merah besar yang beliau tarik keluar dari taman ketika mencucinya.

Lobak merah besar itu telah membesar melalui cincin, kelihatan seperti sebentuk cincin ketat pada sebatang jari gemuk.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu yang seperti itu,” Daley memberitah­u CBC.

“Saya menanyakan kepada suami saya sekiranya beliau kenal dengan cincin tersebut, dan beliau menyatakan ya. Ibunya telah kehilangan cincin tunangnya beberapa tahun lepas di taman dan tidak pernah menemuinya lagi. Serta ia akhirnya ditemui pada lobak merah.”

Grams berkata beliau tidak pernah menjangka untuk melihat cincin itu sekali lagi, selepas mencari-carinya selama beberapa tahun. “Ia masih muat,” katanya. Peliknya, ia bukan kali pertama seseorang telah menemui sebentuk cincin pada sebatang lobak. Seorang wanita Sweden menemui cincin perkahwina­n pada sebatang lobak merah yang tumbuh di tamannya pada 2011, 16 tahun selepas kehilangan­nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia