Utusan Borneo (Sarawak)

Polis selamat 43 pendatang dalam trak ‘kotor’

-

COATZACOAL­COS: Pihak berkuasa Mexico kelmarin berkata mereka telah menyelamat­kan 43 pendatang dari Amerika Tengah, termasuk 15 kanak-kanak, yang diseludup ke Amerika Syarikat di bahagian belakang sebuah trak dalam keadaan yang “kotor”.

Pendatang tanpa dokumen, yang kebanyakan­nya berasal dari Honduras, Guatemala dan Nicaragua, telah ditemui semasa penahanan trafik rutin di sebatang lebuh raya berhampira­n dengan pekan Poza Rica di wilayah Veracruz di timur Mexico, menurut polis.

Trak pikap, yang mempunyai sebuah treler kayu putih yang diimprovis­asikan dibina di bahagian belakang, telah membawa mereka dalam “keadaan berpadat dan tiada sanitari,” menurut satu laporan polis negeri yang dilihat oleh AFP.

Pemandu trak dan pembantuny­a telah ditangkap bagi tuduhan penyeludup­an manusia. Pendatang tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen.

Beratus ribu pendatang menyeberan­gi Mexico setiap tahun cuba mencari jalan untuk sampai ke Amerika Syarikat.

Rakyat Amerika Tengah yang melakukan perjalanan itu selalunya melarikan diri dari keganasan kumpulan yang kejam di negara asal mereka. Trend tersebut telah mencapai paras krisis pada 2014, ketika kira-kira 69,000 kanak-kanak tanpa ditemani telah sampai ke sempadan AS-Mexico.

Mereka selalunya datang dengan keadaan yang berbahaya, menjadi mangsa kepada penyeludup manusia dikenali sebagai “koyote” dan kumpulan dadah yang mengenakan caj “cukai” kepada mereka bagi menyeberan­gi kawasan kumpulan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia