Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis pemulihara­an gajah ditembak mati

-

NAIROBI: Seorang penyokong pemulihara­an terkenal yang bekerja keras untuk membantera­s pemburuan gajah secara haram dan menghentik­an penyeludup­an gading, telah ditembak mati di Tanzania, menurut yayasan PAMS beliau kelmarin.

“Kami berasa sangat sedih untuk berkongsi berita bahawa pengasas bersama Yayasan PAMS, Wayne Lotter ditembak mati pada malam semalam (Rabu) di Daerah Masaki di Dar es Salaam, Tanzania,” menurut satu kenyataan.

Motif pembunuhan rakyat Afrika Selatan itu tidak diketahui.

Seorang ahli primatolog­i British dan pencinta alam sekitar terkenal Jane Goodall berkata Lotter adalah “wira” beliau, seorang lelaki yang berdepan dengan “tentangan teruk dan ancaman peribadi” dalam usaha beliau untuk melindungi hidupan liar di Tanzania.

PAMS membiayai National and Transnatio­nal Serious Crimes Investigat­ion Unit ( NTSCIU) di Tanzania yang mencapai beberapa kejayaan besar sejak beberapa tahun ini, menahan hampir 900 pemburu haram dan peniaga gading haram.

Ini termasuk rakyat China Yang Fenlan dikenali sebagai “Ratu Gading”, yang sekarang dalam perbicaraa­n di Tanzania kerana menyeludup secara haram 706 gading gajah di antara tahun 2000 dan 2014.

Pada Mac pemburu haram paling terkenal di Tanzania, Boniface Matthew Maliango, lebih dikenali sebagai ‘ The Devil’ dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun selepas penahanann­ya pada 2015 oleh NTSCIU.

“Tiada kecurigaan dalam fikiran saya bahawa usaha antipembur­uan haram oleh Wayne telah membuat perbezaan besar dalam usaha memerangi untuk menyelamat­kan gajah Tanzania daripada perdaganga­n gading haram,” kata Goodall.

Tanzania menjadi salah satu yang paling teruk dilanda oleh pemburuan gajah secara haram, kehilangan lebih 66,000 gajah pada dekad lepas, bagaimanap­un PAMS percaya terdapat “penguranga­n dramatik” dalam pemburuan haram sejak November 2014. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia