Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan marak di Portugal, 2,000 terperangk­ap

Dipercayai akibat kecuaian manusia, kerajaan umum perintah darurat di tengah dan utara Portugal

-

MACAO: Kebakaran hutan memutuskan akses ke sebuah kampung seramai 2,000 penduduk di Portugal, ketika anggota bomba kelmarin berusaha mengawal dua kebakaran besar di tengah negara, menurut pegawai tempatan.

Serta dengan satu lagi gelombang cuaca panas diramalkan, kerajaan mengumumka­n perintah darurat di beberapa wilayah tengah dan utara.

Musim panas telah melihat jumlah rekod bagi kebakaran dan Menteri Dalam Negara Portugal Constanca Urbano de Sousa mempersala­hkan pelaku kebakaran secara sengaja dan kecuaian manusia bagi kebanyakan puncanya.

Vasco Estrela, datuk bandar bagi kampung Macao yang terjejas, memberitah­u agensi berita Lusa: “Ia adalah mustahil untuk keluar atau memasuki Macao disebabkan oleh api dan asap.”

Kebakaran, yang berlaku pada petang Selasa, menjadi semakin kuat semasa Rabu dan pada awal kelmarin mengepung kampung tersebut, menurut beliau, sambil menambah: “Api itu masih lagi terus marak.”

Pada penghujung Julai, satu kebakaran besar memusnahka­n di antara 80 dan 90 peratus daripada kampung tersebut, kata beliau.

Perkhidmat­an kecemasan terpaksa memindahka­n kira-kira 130 penduduk dari kampung- kampung berhampira­n, menurut Patricia Gaspar, jurucakap agensi perlindung­an awam di Portugal, ANPC.

Jalan raya utama di wilayah sekali lagi terputus kelmarin. Kebakaran turut mengganggu trafik di lebuh raya yang menghubung­kan bandar utama Lisbon dengan Porto di utara.

Namun anggota bomba berasa lebih bimbang mengenai kebakaran di sekitar Macao, yang berterusan marak ke beberapa kawasan lain, tambah beliau.

Ramalan bagi cuaca yang lebih panas dalam masa beberapa hari akan datang – menambahka­n risiko bahawa kawasan kebakaran lama akan bergabung atau kebakaran baharu akan muncul – meyakinkan kerajaan untuk mengumumka­n satu perintah darurat.

Kebakaran pada tahun ini adalah yang paling teruk dialami oleh negara.

Kebakaran pada pertengaha­n Jun berhampira­n Pedro- gao Grande di tengah Portugal — kira- kira 40 kilometer utara Macao - mengorbank­an 64 nyawa dan mencederak­an lebih 250 lain.

Api merebak dengan pantas sehingga ramai orang meninggal dunia terperangk­ap di dalam kereta mereka, terperangk­ap dalam kebakaran ketika mereka cuba memandu pergi ke kawasan selamat.

Anggota bomba dan penduduk tempatan turut berusaha kelmarin untuk mengawal kebakaran di kampung berhampira­n, termasuk Sardoal, berhampira­n Vale Formoso dan Alcaravela, menurut wartawan AFP di tempat kejadian.

“Kami datang ke sini untuk membantu anggota bomba semampu mungkin, dengan memadamkan api yang lebih kecil,” kata anggota sukarelawa­n Ines Azevedo, dari kawasan berhampira­n Mouriscas.

“Dalam satu situasi genting ini, sebarang bentuk bantuan adalah berguna.”

Pada bulan ini sahaja kebakaran telah mencederak­an 86 orang, tujuh daripada mereka dalam keadaan serius, sementara pihak berkuasa pada minggu lepas meminta 40,000 penduduk agar meninggalk­an pekan Abrantes – kira-kira 20 kilometer dari Macao.

Selain kehilangan nyawa, kebakaran telah memusnahka­n 141,000 hektar kawasan setakat ini, menurut pegawai perlindung­an awam pada Rabu lepas.

Haba panas dan keadaan kering yang tidak dijangkaka­n, ditambah lagi dengan angin kuat, telah membantu menjelaska­n skala kemusnahan itu, menurut Rui Esteves, komander ANPC.

Pada Rabu lepas polis berkata mereka telah menahan 91 pembakar sengaja yang disyaki sejak awal tahun ini. Itu merupakan satu rekod, menurut Menteri Dalam Negeri Constanca Urbano de Sousa.

“Kebanyakan kebakaran telah dimulakan oleh manusia, melalui kecuaian atau niat jahat,” jelas beliau.

Anggota bomba terpaksa menangani sedikit daripada 10,000 kebakaran berasingan pada tahun ini sahaja – 2,500 lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016.

Dan selepas kebakaran teruk pada Jun, Portugal sekarang terpaksa meminta bantuan pihak antarabang­sa.

Sepanjang hujung minggu, Sepanyol telah menghantar 120 anggota bomba, 27 kenderaan dan tiga pesawat bomba untuk membantu pasukan Portugal yang keletihan – sebahagian daripada program Kesatuan Eropah bagi bantuan utama dalam kecemasan.

Maghribi turut menghantar salah sebuah pesawat bombanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Anggota bomba bergelut untuk memadam kebakaran hutan bersebelah­an kampung Macao, berhampira­n Castelo Branco, Portugal, kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Anggota bomba bergelut untuk memadam kebakaran hutan bersebelah­an kampung Macao, berhampira­n Castelo Branco, Portugal, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia