Utusan Borneo (Sarawak)

PERJUANGAN ANAK BANGSA

Pemimpin negeri akan memastikan anak Sarawak berjaya seiring pembanguna­n: KM

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Pemimpin Sarawak akan memastikan anak negeri ini berjaya dalam segenap bidang seiring pembanguna­n, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Jelasnya, pemimpin hilang berganti tetapi kepentinga­n anak bangsa tetap menjadi inti pati serta agenda utama perjuangan.

“Sejak dahulu, pemimpin serta Ketua Menteri silih berganti tetapi apa yang pasti, kepentinga­n anak bangsa tetap diperjuang dan menjadi keutamaan,” katanya pada pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Sarawak di sini, pagi semalam.

Menurutnya, perjuangan itu tidak pernah terhenti sehingga anak Sarawak mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak di negara lain.

Jelas Abang Johari, kesinambun­gan serta gabungan kebijakan pemimpin-pemimpin lepas sehingga kini turut mempengaru­hi corak pembanguna­n dilakarkan.

“Apa lagi dengan keadaan negeri ketika ini sedang memacu ke arah negeri membangun pada tahun 2030,” katanya.

Menurutnya, kejayaan mempertaha­n keharmonia­n dalam Malaysia selama ini turut membawa kepada kestabilan sosial serta menjadi pemangkin utama kepada pembanguna­n.

“Untuk terus berjaya pada masa depan dan pembanguna­n, kita harus kekalkan kaharmonia­n ini walau dengan apa cara sekali pun,” jelasnya.

Ketika kestabilan dan keharmonia­n ini masih lagi dikecapi, beliau turut memberitah­u penerapan ke arah minda global kepada anak watan juga harus ditekan.

“Ini tidak lain dan tidak bukan dengan menanam sifat mementingk­an pendidikan dan juga teknologi dalam kehidupan seharian mereka seiring dengan perubahan global,” katanya lagi.

Turut berucap pada majlis adalah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah.

 ??  ?? SEDIA MULA!: Abang Johari (memegang bendera) menyempurn­akan pelepasan 25 kenderaan Konvoi Merdeka sebagai kemuncak acara semalam.
SEDIA MULA!: Abang Johari (memegang bendera) menyempurn­akan pelepasan 25 kenderaan Konvoi Merdeka sebagai kemuncak acara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia