Utusan Borneo (Sarawak)

KEJAYAAN EKONOMI DIGITAL HARUS BERMULA DARI AKAR UMBI

- Oleh Steve Annuar BAHAGIAN IV

KEPADA golongan peniaga, Internet berperanan penting bukan sahaja untuk komunikasi bersama pelanggan tetapi juga cara memperluas­kan keuntungan mereka di pasaran lebih besar.

Pengasas Borneo Birds Nest Drink Meriamah Abdullah berkata, Internet telah menawarkan potensi besar dalam pelbagai bidang terutamany­a dalam bidang perdaganga­n.

Pada masa sekarang edagang atau perdaganga­n elektronik sangat popular dalam kalangan peniaga kecil dan besar dengan memanfaatk­an sepenuhnya aplikasi seperti Facebook, Instagram, Tweeter, WhatsApp dan WeChat.

Meriamah berharap sasaran tiga tahun kerajaan negeri mahukan seluruh Sarawak dihubungi Internet akan tercapai kerana ia sememangny­a memanfaatk­an semua rakyat Sarawak bukan sahaja dari segi komunikasi tetapi juga peluang penduduk terlibat dalam e-niaga.

“Kita menyokong usaha kerajaan membangunk­an ekonomi digital. Kita mahukan pelaksanaa­n bukan omong-omong kosong sahaja. Sudah pasti dengan adanya jaringan Internet yang kuat akan menjadi landasan kepada pembabitan rakyat dalam e-dagang,” jelasnya.

Meriamah berkata, sebagai peniaga, komunikasi secara talian amat penting dalam memperkena­lkan dan memasarkan produk perniagaan mereka.

Menerusi laman web, beliau berjaya memasarkan produk kepada pelangganp­elanggan di Korea, Jepun, Taiwan dan China.

“Dengan Internet, kita juga dapat berhubung dengan pembeli dan pelanggan kita. Kita perlukan online dan Internet lebih kuat,” jelasnya.

Beliau berkata, kawasan bandar masih berdepan masalah Internet lemah ditawarkan syarikatsy­arikat komunikasi yang perlu dinaik taraf dan dipertingk­atkan kualiti perkhidmat­an.

“Kita amat berharap sasaran tiga tahun ini tercapai. Kerana ini menggalak peniaga kecil terlibat sama dalam perniagaan dalam talian dan ini pastinya menambah pendapatan mereka,” jelasnya.

Meriamah mencadangk­an agar kursus dan latihan tentang e-dagang diperluask­an penyertaan­nya kepada peniaga-peniaga kecil.

“Kita perlu jelajah semua kawasan agar semua penduduk kenal apa tu e-dagang dan eniaga. Persatuan peniaga dan usahawaan harus bergabung mengenal pasti peniaga-peniaga berbakat dan berpotensi,” jelasnya.

Meriamah yang turut merupakan pengusaha Gold Rabbit Farm mempromosi­kan produk menerusi laman web FB iaitu Syukurs Bird Nest Drink dan Gold Rabbit Farm.

Beliau telah terlibat dalam perniagaan sarang burung dan daging arnab selama lebih enam tahun.

Ladang arnab yang terletak di New Temedak Jalan Sin Bar Bintangor menternak sebanyak tujuh ribu ekor arnab dari baka New Zealand White.

Selain dijadikan haiwan peliharaan, ladang turut mengeluark­an daging arnab, daging burger, sate, kompos organik serta menawarkan kursus penternaka­n arnab. Rebut peluang

Secara umumnya, ekonomi digital adalah suatu hal yang kompleks dan merupakan fenomena baharu muncul terkait dengan aspek-aspek ekonomi mikro, ekonomi makro dan teori organisasi dan administra­si.

Sasaran kerajaan sekarang dalam menumpukan ekonomi digital inovatif ialah merangsang kreativiti manusia dengan teknologi baharu, pasaran dan peluang-peluang.

Ini akan menjadi pemangkin kepada inovasi dalam produk, perkhidmat­an dan proses, meningkatk­an produktivi­ti individu dan perniagaan selain melonjakka­n daya saing dalam ekonomi digital global.

Perancanga­n rapi dan penggunaan strategi digital yang berjaya adalah suatu kemestian bagi memastikan Malaysia terus dapat bersaing dan berjaya di arena antarabang­sa.

Pengusaha kek lapis Siti Payung, Mohd Hafidz Rohani, 32, berkata era perniagaan kini berkembang pesat dan perniagaan boleh dilakukan di hujung jari.

Dalam dunia digital sekarang, barangan dan perkhidmat­an tidak lagi hanya boleh diperoleh dari kedai tetapi boleh terus dari kedai maya yang banyak dipromosik­an di laman-laman sosial.

“Peniaga dari Miri boleh berjual ke mana saja di seluruh dunia. Perniagaan tidak lagi statik. Sesiapa saja boleh berniaga hampir apa saja dan kepada semua golongan,” jelasnya.

Hafidz menambah, agensi kerajaan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang giat mempromosi perniagaan dan juga pengetahua­n perniagaan online melalui inisiatif youcanduit.com.my. Inisiatif ini membantu ramai usahawan baharu dan usahawan belia.

Usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab perdaganga­n online dengan penubuhan pusat Alibaba patut dipuji dan disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Pengasas Alibaba Jack Ma juga bersedia berkongsi kepakaran dan Malaysia sebagai rakan strategik.

Menurut beliau, penubuhan DFTZ atau Duty Free Trade Zone yang giat dipromosik­an oleh SMECorp diharap dapat membantu usahawan IKS Malaysia yang mempunyai masalah untuk berniaga merentas benua untuk berkembang luas.

Malah Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) juga mempunyai fasiliti dan geran untuk membantu usahawan menggunaka­n platform e-commerce untuk mencari pelanggan baharu.

Usahawan boleh mendapatka­n geran sehingga RM5,000 yang boleh digunakan untuk melanggan perkhidmat­an e-dagang seperti Alibaba dan Amazon.

“Usahawan perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dan menjadikan digital ekonomi serta e-dagang sebagai cara baharu memajukan perniagaan,” jelasnya.

Tentang perusahaan kek lapis, Hafidz berkata, promosi dan jualan dilakukan menerusi Facebook dan laman web.

Sekarang, jumlah jualan secara talian meningkat 8 hingga 11 peratus dan mengekspor­t ke negara jiran Brunei dan Singapura.

Hafidz kini menubuhkan syarikat cetakan Miri Chrap Printing yang turut mendapat sokongan ramai pelanggan dari Brunei. Berusaha perbaiki diri

Teknologi komputer yang diperkenal­kan telah banyak mengubah corak dan gaya hidup.

Kehadiran Internet bukan sahaja mengubah cara kita berkomunik­asi dan memperoleh maklumat bahkan membawa perspektif baharu dalam dunia perniagaan.

Dengan adanya Internet, usaha promosi dan penjualan produk usahawan lebih mudah. Bahkan, capaian kepada pembeli adalah lebih jauh berbanding zaman sebelum kewujudan media sosial, kata peniaga 1289 Burger Joint, Muhammad Ken.

“Usahawan kini perlu rajin mengkaji dan mempelajar­i ilmu baharu sejajar dengan kemajuan industri jalur lebar sekiranya ingin maju dalam perniagaan. Kini banyak kursus dan latihan diberi kepada usahawan untuk membantu mereka.

Kerajaan Sarawak juga banyak berusaha membuka peluang melalui aktiviti-aktiviti keusahawan­an dan memberi pendedahan awal terutamany­a kepada belia untuk menceburi bidang keusahawan­an. Usahawan dan teknologi tidak boleh dipisahkan,” jelasnya.

Ken menambah, selama berjinak menggunaka­n aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan blog, capaiannya bukan sahaja kepada masyarakat setempat, malah di luar daerah pun sudah mula mengenali perniagaan walaupun belum pernah ke Miri.

Bukan peningkata­n ‘Like’ di page Facebook sahaja malah hasil jualan harian juga terkesan secara positif atas peningkata­n ini.

Di laman 1289 Burger Joint di Facebook, Ken terus memperkena­lkan perniagaan­nya yang telah dimulakan sejak empat tahun lalu. Pembanguna­n modal insan

Memberi pendapat, Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak Mohd Arifiriazu­l Paijo berkata, sektor ekonomi merupakan suatu sektor penting yang harus difokuskan sesebuah kerajaan.

Ekonomi digital yang menjadi wawasan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg merupakan suatu cetusan idea yang penting untuk dilaksanak­an dalam suasana ekonomi makro dunia yang semakin mencabar ini.

Strategi pengurusan ekonomi yang tradisiona­l merupakan asas, namun pendekatan yang dinamik perlu diterapkan dalam usaha untuk memastikan ekonomi kita terus relevan.

Dalam konteks negeri Sarawak, beliau mencadangk­an kerajaan negeri untuk memberi fokus kepada pembanguna­n modal insan yang melibatkan pembanguna­n akademik anak-anak Sarawak dari peringkat sekolah rendah sehingga universiti perlu diterapkan nilai tambah khususnya yang berhubung kait dengan kemahiran.

“Kita meyakini bahawa, sekiranya kita memiliki infrastruk­tur digital bertahap global pun tidak akan memberi sebarang impak sekiranya kita tidak mempunyai tenaga mahir untuk menggunaka­n aplikasi-aplikasi digital ini,” katanya.

Kedua, dalam keghairaha­n pembanguna­n, kerajaan seharusnya juga memberi tumpuan kepada keupayaan rakyat untuk mengurus sumber alam dengan mampan terutamany­a yang berkaitan dengan minyak dan gas, sumber hutan serta tenaga hijau seperti hidro.

Ketiga, dengan meningkatk­an capaian Internet di Sarawak merupakan antara keutamaan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan negeri.

Mengikut perangkaan, capaian Internet Sarawak hanya sekitar 30% sahaja. Maka sesuatu yang tidak logik, sekiranya kerajaan negeri ingin fokus kepada ekonomi digital tetapi capaian Internet kita masih pada tahap yang terlalu minimum.

Oleh yang demikian, usaha untuk memperting­katkan infrastruk­tur komunikasi sama ada melalui gentian optik atau satelit.

Bagi komuniti usahawan terutamany­a yang berstatus Industri Kecil Sederhana (IKS) perkembang­an ekonomi digital merupakan sesuatu yang dinantikan.

Bagi IKS, dengan wujudnya ekonomi digital ini jurang pemasaran bagi IKS semakin hampir dan menjadikan pasaran semakin besar.

Justeru, IKS yang berada di Sarawak perlu mengambil peluang ini dengan sebaiknya dan seterusnya akan menyihatka­n lagi ekosistem ekonomi di Sarawak. Pemantauan

Pembanguna­n ekonomi di setiap kawasan di negeri ini pastinya akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Bagaimanap­un, adalah menjadi tanggungja­wab setiap rakyat untuk memantau perkembang­an pembanguna­n projek berkaitan ekonomi digital ini.

“Banyak lagi maklumat yang harus kita tahu tentang ekonomi digital di Sarawak. Ini kerana ia masih di peringkat awal dan peringkat cadangan. Idea menubuhkan DBOS (Bank Pembanguna­n Sarawak) amat baik untuk Sarawak, tetapi kita masih lagi menunggu pelaksanaa­nnya,” demikian jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri Steve Teo.

Kerajaan negeri pada April lalu mengumumka­n untuk memiliki bank sendiri dikenali Bank Pembanguna­n Sarawak yang beroperasi sepenuhnya di bawah biayaan kerajaan negeri.

Bank bakal menyediaka­n dana bagi melaksana beberapa projek strategik negeri dalam usaha mengejar pelan transforma­si sosioekono­mi Sarawak bagi tahun 2017-2030. Sekiranya terlaksana, Steve yakin pembanguna­n ekonomi digital akan berupaya meningkatk­an taraf hidup rakyat khasnya luar bandar.

“Sebelum mencapai impian besar, kita perlu utamakan dahulu keperluan asas penduduk khasnya di kawasan luar bandar. Kesimpulan­nya, ekonomi digital akan menjadi perkara baik sekiranya semua impian kita sebelum ini tercapai dan berjaya. Kita perlu melihat sesuatu pelan atau rancangan yang benarbenar pasti, membuat pemantauan berterusan untuk mengelak salah urus dan salah laku projek,” kata Steve

Penasihat Persekutua­n Persatuan Lori Sarawak Bruce Chai berkata, ekonomi digital merupakan inisiatif baharu untuk industri e-dagang yang akan menyediaka­n landasan lebih baik untuk katalis ekonomi masa depan Sarawak.

Beliau memberitah­u, kerajaan negeri telah menyediaka­n ‘hardware’ dengan peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruk­tur, penubuhan kementeria­n yang khusus untuk e-dagang yang menyediaka­n landasan stabil untuk generasi baharu terlibat dalam perniagaan dalam talian.

“E-dagang bukan hanya melihat kepada aspek jaringan dan kelajuan Internet. Apa yang kita perlukan ialah idea yang bernas, dialog, latihan bukan sahaja untuk generasi muda tetapi juga penduduk luar bandar. Dengan melatih dan mengajar mereka tentang keupayaan e-dagang akan dapat menjana pendapatan dengan memasarkan produk di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Bruce memberitah­u, beliau telah mengenali ramai usahawan di Miri yang telah memanfaatk­an e-dagang yang mendapatka­n bekalan perniagaan dari negara China, Taiwan dan Hong Kong serta memanfaatk­an sepenuhnya aplikasi popular Facebook (FB), WhatApps, WeChat untuk memasarkan produk mereka.

“Logistik juga penting. Ini termasuk bagaimana anda menghantar produk anda kepada pelanggan kerana ini juga sebahagian daripada e-dagang. Ia merupakan strategi yang harus diberi tumpuan,” kata Bruce.

Daripada maklum balas yang diterima dari beberapa usahawan yang memfokus kepada e-dagang, cabaran mereka sekarang ialah mengekalka­n laman web dan laman FB untuk mempromosi dan memasarkan produk.

Bruce berkata, ia merupakan bidang yang memerlukan bakat yang perlu dibina, dilatih dan dibangunka­n.

“Bakat ini juga merupakan strategi dalam e-dagang. Kita melihat kepada hardware iaitu inisiatif kerajaan negeri.

Kita juga melihat kepada ‘software’ iaitu sumber manusia, usahawan termasuk di luar bandar. Kita juga harus melihat kepada produk yang mahu kita pasarkan. Apa jenis produk yang unik dipasarkan secara e-dagang. Produk yang dihasilkan dan dibangunka­n di Sarawak serta idea. Ini merupakan sebahagian daripada strategi dalam e-dagang yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan negeri bukan sahaja memfokus kepada infrastruk­tur,” katanya lagi.

Menurut Bruce, sekiranya kerajaan negeri memfokus kepada strategi ini, usaha mencapai ekonomi digital akan lebih cepat dari jangkaan berbanding negeri ini.

“Kita melihat kerajaan berpandang­an jauh dan komited kerana dalam dunia teknologi kini, rakyat Sarawak tidak dapat mengelakka­n diri daripada terlibat sama dalam e-dagang.

Selain itu, rakyat Sarawak harus yakin dan memberi kerjasama terhadap kerajaan negeri untuk menjadikan ekonomi Sarawak lebih berdaya saing bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia dan seluruh dunia.

Kesimpulan

Secara kesimpulan­nya, kejayaan ekonomi digital harus bermula dari pembanguna­n kemudahan asas rakyat khasnya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan perhatian dari pihak kerajaan negeri.

Kemudahan jalan raya yang baik di luar bandar bukan sahaja membantu menghubung­kan kawasan tetapi penggerak memasarkan produk ekonomi ke bandar.

Pembinaan lebih banyak menara Internet di seluruh negeri ini akan membenarka­n lebih ramai penduduk kawasan luar bandar dan pedalaman menikmati perkhidmat­an tersebut dan menggalak golongan peniaga kecil terlibat dalam e-dagang.

Pemahaman rakyat luar bandar tentang ekonomi digital juga harus ditingkatk­an dengan melakukan lawatan-lawatan ke kampung dan rumah panjang agar usaha kerajaan mendapat sokongan meluas.

Ilmu kemahiran e-dagang termasuk membina laman sesawang, memasarkan produk dan transaksi bayaran juga harus diperluask­an kepada peniaga-peniaga kecil termasuk di luar bandar. Selain itu, kos perkhidmat­an Internet juga harus berada di tahap mampu dibayar untuk menggalak penggunaan yang meluas dalam kalangan penduduk dan tidak terbeban oleh kos Internet mahal.

 ??  ??
 ??  ?? BRUCE
BRUCE
 ??  ?? STEVE
STEVE
 ??  ?? LUMAYAN: Meriamah mengunjung­i ladang arnab milik beliau di New Temedak Jalan Sin Bar, Bintangor yang seluas enam ekar.
LUMAYAN: Meriamah mengunjung­i ladang arnab milik beliau di New Temedak Jalan Sin Bar, Bintangor yang seluas enam ekar.
 ??  ?? GLOBAL: Hafidz mempromosi­kan kek lapis Siti Payung ketika di Madrid, Sepanyol.
GLOBAL: Hafidz mempromosi­kan kek lapis Siti Payung ketika di Madrid, Sepanyol.
 ??  ?? USAHAWAN: Muhammad Ken (depan) bergambar di hadapan gerai burger 1289 di Wireless Walk Jalan North Yu Seng.
USAHAWAN: Muhammad Ken (depan) bergambar di hadapan gerai burger 1289 di Wireless Walk Jalan North Yu Seng.
 ??  ?? LIHAT SENDIRI: Mohamad Arifiriazu­l melawat kilang sawit di Bekenu untuk sistem penggredan minyak sawit.
LIHAT SENDIRI: Mohamad Arifiriazu­l melawat kilang sawit di Bekenu untuk sistem penggredan minyak sawit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia