Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA PILIHAN KECUALI MENANG

Malaysia wajib mengalahka­n Myanmar, Laos untuk slot ke separuh akhir

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai pilihan kecuali wajib mengalahka­n pendahulu Kumpulan A, Myanmar dan Laos untuk mengesahka­n slot separuh akhir pada saingan bola sepak lelaki temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Skuad Datuk Ong Kim Swee perlu menungguli saingan peringkat kumpulan bagi mengelak juara Kumpulan B dalam pertemuan separuh akhir.

Bagaimanap­un, keputusan menang atau seri terhadap Myanmar, Isnin ini, sudah cukup untuk melangkah ke separuh akhir tetapi kemenangan terhadap Myanmar dan Laos akan menyaksika­n Malaysia muncul juara kumpulan.

Malaysia kini menghuni tangga kedua dalam kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan iaitu mengalahka­n Brunei 2-1 dan Singapura dengan keputusan sama.

Myanmar muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir selepas melakarkan tiga kemenangan berturut-turut iaitu mengalahka­n Singapura 2-0, Brunei 6-0 dan Laos 3-1.

Untuk rekod, skuad ba- wah 22 tahun negara berjaya menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Shah Alam pada aksi persahabat­an di Stadium Shah Alam, Julai lepas.

Pemain pertahanan negara, Adam Nor Azlin berkata skuad ‘The White Angels’ itu yang dijangka tetap turun dengan kesebelasa­n utama dalam misi mereka untuk menjuarai kumpulan A.

“Semua pemain perlu menjalanka­n tanggungja­wab masing- masing. Kita dipaksa berkerja keras dalam dua perlawanan pertama sebelum berjaya meraih keme- nangan dan kami berharap perkara itu tidak berulang,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi pemain pertahanan, Muhammad Irfan Zakaria menyifatka­n kekurangan interaksi di antara barisan pertahanan menjadi punca gawang pasukan negara berjaya dibolosi dalam dua aksi pertama berdepan Brunei dan Singapura.

“Perlawanan menentang Myanmar pasti akan menjadi satu perlawanan yang sukar sebab kedua- dua pasukan mahu menang untuk men- juarai kumpulan dan kita sememangny­a mengetahui kekuatan Myanmar adalah pada kepantasan dan kemampuan menguasai bola.

“Bagi saya kita kena bersedia dan pertahanan harus membaca perlawanan dengan baik. Kekurangan dari segi komunikasi harus diperbaiki supaya dapat mengelak dari dibolosi,” katanya.

Malaysia dijadual menentang Laos pada 23 Ogos dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Sementara itu, Vietnam mendahului saingan Kumpulan B selepas dua perlawanan dengan enam mata penuh diikuti Indonesia dan juara bertahan Thailand, masi ng- masi ng dengan empat mata. — Bernama

Semua pemain perlu menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing. Kita dipaksa berkerja keras dalam dua perlawanan pertama sebelum berjaya meraih kemenangan dan kami berharap perkara itu tidak berulang. Adam Nor Azlin Pemain pertahanan negara

 ??  ??
 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia