Utusan Borneo (Sarawak)

Emma Stone aktres dengan bayaran tertinggi di dunia

-

EMMA Stone, yang pernah memenangi anugerah Oscar, melengkapk­an tempoh 12 bulan yang sempurna pada Rabu lepas apabila dia menggantik­an Jennifer Lawrence di tempat teratas dalam senarai 2017 terbitan Forbes bagi aktres-aktres berpendapa­tan paling tinggi di dunia.

Stone, 28 tahun, yang memenangi anugerah aktres terbaik untuk wataknya sebagai seorang penghibur yang bergelut untuk berjaya dalam ‘La La Land’, mengaut pendapatan sebelum cukai sebanyak AS$26 juta (RM117 juta) pada tahun sehingga Jun, menurut carta tahunan majalah tersebut.

Bintang ‘Friends’ Jennifer Aniston, 48 tahun, turut memintas Lawrence, dan menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$25.5 juta (RM114.8 juta), dinaikkan oleh banyak kontrak pengendosa­n di seluruh dunia.

Pendapatan Lawrence sebanyak AS$24 juta (RM108 juta) sudah memadai untuk tempat ketiga tetapi bayangbaya­ng pendapatan aktres berusia 27 tahun itu dalam senarai terakhir Forbes.

Bintang itu, yang memenangi anugerah Oscar bagi aktres terbaik untuk drama komedi pada 2012 ‘Silver Linings Playbook’, menduduki tempat teratas carta 2016 bagi tahun kedua berturut-turut dengan AS$46 juta (RM207 juta).

Melissa McCarthy dan Mila Kunis – masingmasi­ng dengan AS$18 juta (RM81 juta) dan AS$15.5 juta (RM69.8 juta) – melengkapk­an lima aktres berpendapa­tan paling tinggi di dunia.

Kelompok 10 teratas – juga termasuk Emma Watson, Charlize Theron, Cate Blanchett, Julia Roberts dan Amy Adams – memperoleh­i pendapatan gabungan sebanyak AS$172.5 juta, turun 16 peratus dari jumlah keseluruha­n AS$205 juta tahun lepas, kata Forbes.

Senarai pelakon yang bakal diterbitka­n pada hujung minggu ini dijangka menunjukka­n sekali lagi bahawa pelakon lelaki memperoleh­i pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada pelakon wanita.

Isu mengenai ketaksamaa­n gaji menarik perhatian pada 2014 selepas kebocoran emel curi dari Sony Pictures Entertainm­ent menunjukka­n Lawrence menerima pendapatan yang kurang berbanding pelakon lelaki lain dalam filem hit ‘American Hustle’.

Pada tahun lepas, Dwayne ‘The Rock’ Johnson menduduki tempat teratas senarai Forbes bagi pelakon berpendapa­tan tertinggi dengan AS$64.5 juta, lebih dua kali ganda jumlah keseluruha­n Stone pada tahun ini.

Ia adalah tempoh beberapa bulan yang menakjubka­n bagi Stone, yang menyapu bersih hadiah-hadiah utama di Hollywood pada Februari lalu dengan anugerah Oscar untuk lakonannya sebagai seorang aktres yang menaruh aspirasi dalam ‘La La Land’.

Dia sudah memenangi piala di Anugerah Golden Globes, Anugerah BAFTA di Britain dan Screen Actors Guild Awards.

Dilahirkan sebagai Emily Jean Stone di Scottsdale, Arizona, kepada seorang ibu suri rumah dan bapa ahli perniagaan, Stone mula berlakon di teater remaja di Phoenix.

Pada usia hanya 14 tahun sahaja, dia membuat satu pembentang­an PowerPoint bertajuk ‘Project Hollywood’ untuk memujuk ibu bapanya agar membenarka­nnya untuk berhenti bersekolah dan menceburi karier dalam perfileman.

Dia sudah muncul dalam lebih 20 buah filem sejak penampilan sulungnya pada 2007 dalam ‘Superbad’ tetapi benarbenar menonjol sebagai bakat besar dalam ‘The Help’ pada 2011.

Beberapa filem hit menyusul termasuk dua filem ‘Spider-Man’ dan filem arahan Alejandro Gonzalez Inarritu ‘Birdman’, yang membolehka­n Stone menerima pencalonan aktres pembantu terbaik. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? EMMA STONE
EMMA STONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia