Utusan Borneo (Sarawak)

Proses GAP bantu pekebun kecil getah

Pendapatan setiap keluarga mampu ditingkat sehingga RM4,000 sebulan menjelang 2020: Nanta

- Oleh Agnes Tugong

LUNDU: Sistem pengurusan Amalan Pertanian Baik (GAP) berupaya meningkatk­an pendapatan pekebun kecil getah sehingga RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, GAP dapat mengoptimu­mkan penggunaan tanah dan meningkatk­an hasil pengeluara­n.

Malah GAP juga, katanya, mampu mengawal serta mengurangk­an risiko dan impak negatif terhadap alam sekitar.

“Proses GAP memberi penekanan kepada empat faktor penting iaitu penanaman dan penyelengg­araan, pembajaan, rangsangan serta penorehan dan penuaian.

“Saya dapat gariskan di sini yang GAP merupakan faktor terpenting bagi memastikan tanaman getah mencapai tempoh keremajaan lebih cepat iaitu empat tahun setengah sebelum boleh ditoreh.

“Malah, GAP juga mampu meningkatk­an produktivi­ti getah iaitu pada purata sehingga 1,710 kilogram (kg) perhektar setahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen GAP Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sarawak Tahun 2017 di Kem Bina Negara, Sampadi di sini, semalam.

Tambah Nanta, tahun ini kementeria­n telah memperuntu­k sebanyak RM1.3 juta kepada RISDA Sarawak untuk melaksanak­an Program Khidmat Pengembang­an dan Bimbingan di mana RM124,400 dikhususka­n untuk Latihan dan Tunjuk Ajar GAP kepada pekebun kecil RISDA di negeri ini.

Berdasarka­n jumlah peruntukan itu, katanya, RISDA telah merancang untuk melak- sanakan sebanyak 34,800 aktiviti Tunjuk Ajar GAP bersama pekebun kecil sepanjang tahun ini melibatkan 8,700 pekebun kecil.

Pada majlis itu, Nanta turut menyampaik­an surat lantikan kepada 50 Pemaju Masyarakat RISDA (PMR)dari kalangan pekebun kecil bagi membantu kerajaan menjayakan aktiviti pembanguna­n RISDA.

Secara umumnya, PMR bertindak sebagai penghubung antara RISDA dan masyarakat pekebun kecil bagi tujuan penyampai maklumat ataupun mendapat maklum balas.

PMR yang dilantik akan dibayar elaun sebanyak RM800 sebulan di mana tahun ini, RISDA Sarawak memperuntu­k sejumlah RM488,800 untuk bayaran elaun PMR kepada 53 PMR yang telah dilantik di kalangan pekebun kecil negeri ini setakat ini.

Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Nanta berkata kehadiran PMR dan pengerusi- pengerusi jawatankua­sa projek Tanam Semula Berkelompo­k (TSB) dan peserta Tanam Semula Individu (TSI) merupakan sasaran yang tepat.

Katanya, mereka akan kembali ke kawasan masing-masing dengan ilmu dan pengetahua­n berkaitan GAP untuk disampaika­n kepada pekebun kecil atau peserta projek tanam semula di tempat masingmasi­ng.

Usaha ini, katanya, amat penting kerana kementeria­n melalui RISDA memperuntu­k bantuan tanam semula yang besar setiap tahun iaitu RM41.2 juta untuk Sarawak sahaja bagi tahun ini.

Turut hadir pada majlis itu semalam, Pengarah Bahagian Pengembang­an dan Pemindaan Teknologi RISDA Malaysia Zainabon Ismail mewakili Ketua Pengarah RISDA Malaysia Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad dan Pengarah RISDA Sarawak Zulkifli Zaini.

Proses GAP memberi penekanan kepada empat faktor penting iaitu penanaman dan penyelengg­araan, pembajaan, rangsangan serta penorehan dan penuaian. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Nanta (kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Majlis Konvensyen GAP RISDA Negeri Sarawak di Kem Bina Negara, Sampadi, Lundu semalam. Turut kelihatan Zainabon (dua kiri) dan Zulkifli (dua kanan).
RASMI: Nanta (kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Majlis Konvensyen GAP RISDA Negeri Sarawak di Kem Bina Negara, Sampadi, Lundu semalam. Turut kelihatan Zainabon (dua kiri) dan Zulkifli (dua kanan).
 ??  ?? KENANGAN: Nanta (tengah) bersama Zulkifli (kiri Nanta) dan Zainabon (dua kanan Nanta) merakamkan gambar bersama warga RISDA selesai Majlis Konvensyen GAP di Kem Bina Negara, Sampadi, Lundu semalam.
KENANGAN: Nanta (tengah) bersama Zulkifli (kiri Nanta) dan Zainabon (dua kanan Nanta) merakamkan gambar bersama warga RISDA selesai Majlis Konvensyen GAP di Kem Bina Negara, Sampadi, Lundu semalam.
 ??  ?? LANTIKAN: Nanta (dua kiri) menyampaik­an surat lantikan PMR kepada salah seorang pekebul kecil RISDA pada majlis di Kem Bina Negara, Sampadi, Lundu semalam disaksikan Zainabon (kiri) dan Zulkifli (kanan).
LANTIKAN: Nanta (dua kiri) menyampaik­an surat lantikan PMR kepada salah seorang pekebul kecil RISDA pada majlis di Kem Bina Negara, Sampadi, Lundu semalam disaksikan Zainabon (kiri) dan Zulkifli (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia