Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki serang bekas isteri cedera ditikam

Mangsa yang cedera di bahagian dada dikhuatiri mengalami pendarahan dalaman

-

KUCHING: Padah serang bekas isteri, seorang lelaki cedera ditikam individu tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Haji Taha di sini, semalam.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam apabila lelaki dari Jalan Astana pergi berjumpa dengan bekas isterinya.

Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan bertelingk­ah dengan wanita tersebut sebelum berlaku pergelutan.

Berikutan pergaduhan itu, wanita berkenaan bertindak mendapatka­n pertolonga­n kerana bimbang akan keselamata­nnya.

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki tidak dikenali datang lalu menikam mangsa

Tidak lama kemudian, seorang lelaki tidak dikenali datang lalu menikam mangsa menggunaka­n senjata tajam. Sumber

menggunaka­n senjata tajam,” kata sumber.

Mangsa cedera di bahagian dada kemudian dikejarkan ke hospital bagi mendapatka­n rawatan lanjut di Zon Merah kerana dikhuatiri mengalami pendarahan dalaman.

Bagaimanap­un setakat berita ini ditulis, mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 21 tahun ced- era selepas diserang empat individu tidak dikenali di Tabuan Jaya di sini, kira-kira 2 pagi.

Bagaimanap­un motif serangan terhadap lelaki dari Kota Samarahan itu tidak diketahui.

Menurut sumber, mangsa mengendali­kan premis judi siber di sebuah kedai kopi.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan sebelum rakannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

 ??  ?? RAWAT: Mangsa dihantar ke hospital selepas diserang empat lelaki di Tabuan Jaya.
RAWAT: Mangsa dihantar ke hospital selepas diserang empat lelaki di Tabuan Jaya.
 ??  ?? CEDERA: Lelaki cedera selepas ditikam individu tidak dikenali di Jalan Haji Taha, Kuching.
CEDERA: Lelaki cedera selepas ditikam individu tidak dikenali di Jalan Haji Taha, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia