Utusan Borneo (Sarawak)

12 dicekup dalam serbuan judi sabung ayam ‘online’

-

KUCHING: Meskipun pelbagai taktik digunakan pengusaha premis untuk menjalanka­n aktiviti judi, namun tindakan berisiko itu tetap berjaya dikesan polis.

Ia berikutan penahanan 12 individu dalam serbuan ke atas sebuah premis di pusat komersil Jalan Stampin sekitar 8.30 malam kelmarin selepas mengesan terdapat kegiatan judi sabung ayam ‘online’ dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dan pegawai JSJ IPK Sarawak yang diketuai ASP Shuib Abdul Samat melakukan serbuan ke atas sebuah kedai di tingkat dua bangunan terse- but.

“Apabila memasuki kedai tersebut, didapati sekumpulan lelaki dan wanita sedang terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam dalam talian yang disiarkan secara langsung dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kesemua yang ditahan berusia antara 34 dan 64 tahun termasuk dua wanita, serta pengurus kedai berusia 52 tahun.

Dev berkata, pihaknya turut merampas dua unit komputer riba, satu unit komputer, dua set televisyen, peralatan WiFi dan wang tunai berjumlah RM194.

Menurutnya, pengusaha premis berani mengambil risiko untuk terus menjalanka­n judi siber walaupun kegiatan itu diharamkan.

“Pengurus kedai perjudian telah ditahan reman polis selama tiga hari sehingga 22 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah Dev, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? SERBU: Polis melakukan pemeriksaa­n semasa serbuan di sebuah premis yang menjalanka­n kegiatan judi siber di Kuching, kelmarin.
SERBU: Polis melakukan pemeriksaa­n semasa serbuan di sebuah premis yang menjalanka­n kegiatan judi siber di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia