Utusan Borneo (Sarawak)

RM5 juta bina tiga masjid baharu di Pulau Bruit

Peruntukan dibahagi untuk pembinaan di tiga kampung iaitu Kampung Penibong, Semop dan Paloh

- Oleh Borhaniza Ali Basah

PULAU BRUIT: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina tiga masjid baharu di dalam kawasan Pulau Bruit.

Beliau mengumumka­n peruntukan tersebut semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pertumbuha­n Desa (RGC) Semop, di sini semalam.

“Dengan ini saya mengumumka­n peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina tiga masjid baharu di dalam kawasan ini (Pulau Bruit),” katanya.

Peruntukan RM5 juta itu akan dibahagi kepada tiga masjid baharu yang akan dibina di tiga kawasan kampung iaitu Kampung Penibong, Kampung Semop dan Kampung Paloh.

Terdahulu, Abang Johari telah diberi taklimat oleh Menteri Muda Hal Ehwal

Dengan ini saya mengumumka­n peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina tiga masjid baharu di dalam kawasan ini (Pulau Bruit). Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

Korporat Abdullah Saidol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop mengenai perkembang­an terkini RGC Semop, Pulau Bruit di sini.

Projek RGC Semop di sini adalah salah satu komitmen penuh kerajaan negeri untuk membangunk­an kawasan luar bandar selain meningkatk­an taraf ekonomi penduduk setempat.

Kerajaan memperun- tukkan sebanyak RM45 juta untuk pelaksanaa­n projek berkenaan di mana sebanyak RM16 juta disumbangk­an oleh kerajaan pusat untuk membina 37 unit rumah, manakala, RM29 juta lagi digunakan untuk membina kemudahan prasarana lain.

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut memberi sumbangan RM10,000 kepada SABERKAS Cawangan Se- mop bagi kegunaan membiayai aktiviti mereka.

Abdullah sementara itu mengucapka­n terima kasih di atas lawatan Ketua Menteri dan amat menghargai kelulusan peruntukan bagi membina masjid baharu di kawasan itu.

Menurutnya, Ketua Menteri juga menyatakan pertimbang­an beliau memberi sokongan terhadap permohonan kepada kerajaan persekutua­n bagi peruntukan tambahan pembinaan jalan dari Kampung Salah Kecil ke Kampung Tekajong.

Abdullah turut memberi sumbangan RM48,000 kepada 16 masjid dan surau sekitar Pulau Bruit serta peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM12,000 bagi membiayai projek gotong-royong di tiga kampung.

Hadir sama isteri Abang Johari iaitu Datin Amar Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani dan Menteri Muda Perancanga­n Bandar Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari bersama Abdullah merakamkan kenangan bergambar dengan ahli-ahli SABERKAS Cawangan Semop.
UNTUK ALBUM: Abang Johari bersama Abdullah merakamkan kenangan bergambar dengan ahli-ahli SABERKAS Cawangan Semop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia