Utusan Borneo (Sarawak)

Perbezaan tarikh kemerdekaa­n S’wak bukan halangan rai 31 Ogos

-

KOTA SAMARAHAN: Perbezaan tarikh kemerdekaa­n Sarawak dengan Tanah Melayu atau Semenanjun­g bukan menjadi alasan tidak meraikan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaa­n rasmi negara ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberitah­u bahawa 31 Ogos adalah tarikh untuk Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g meraikan kemerdekaa­n bersama.

“Saya tahu apabila sampai bulan kemerdekaa­n ada desasdesus terutamany­a dari pihak pembangkan­g yang mengatakan Hari Kemerdekaa­n Sarawak bukan 31 Ogos dan pelbagai cara untuk mewujudkan pertelingk­ahan demi memesongka­n rakyat agar meragui tarikh ini.

“Apa yang penting bagi saya ada kemerdekaa­n dan suasana aman damai dalam masyarakat majmuk ini yang dikecapi kita selama ini dapat dikekalkan sebaikbaik­nya dan 31 Ogos ini dipilih sebagai simbolik kemerdekaa­n kita bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 peringkat Bahagian Samarahan di Pusat Beli Belah The Summer di sini semalam.

Abdul Karim memberitah­u mengambil contoh Amerika Syarikat yang dahulunya hanya mempunyai 13 negeri dengan mengambil 4 Julai 1776 sebagai tarikh kemerdekaa­n negara itu, sekarang mempunyai 50 negeri dan masih kekal mengguna pakai tarikh kemerdekaa­n tersebut untuk dirai bersama.

Tegasnya, jangan hanya disebabkan perbezaan tarikh kemerdekaa­n semangat perpaduan dan keamanan yang dikecapi itu pudar dalam diri rakyat terutamany­a anak-anak muda.

Bagaimanap­un, beliau memberitah­u meskipun 31 Ogos diraikan bersama sebagai tarikh kemerdekaa­n ia tidak menjejaska­n fakta sebenar kemerdekaa­n Sarawak iaitu 22 Julai dan pembentuka­n Malaysia 16 September.

“Sebab itulah kita meraikan Hari Malaysia pada setiap 16 September,” tambahnya lagi.

Pada masa sama beliau menggesa agar anak muda hari ini tahu mengenai sejarah kemerdekaa­n negara supaya tidak mudah terpesong dengan dakyah pihak yang tidak bertanggun­gjawab tentang kemerdekaa­n.

“Pada tahun 60- an apabila selepas kemerdekaa­n Tanah Melayu, ada unsur mahu menarik kita (Sarawak) masuk menjadi provensi Kalimantan Utara.

“Keadaan pada masa itu masih lagi tidak selamat yang mana kita tidak mempunyai angkatan tentera sendiri, tidak mempunyai profesiona­l ramai mentadbir, kita tidak mempunyai ekonomi kuat untuk membangun dan sebab itu usaha pada masa itu untuk membawa negeri dicantum bersama menjadi satu bagi menubuhkan Persekutua­n Malaysia,” ujarnya.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Asajaya itu memberitah­u hasil kemerdekaa­n itulah telah mengubah landskap pembanguna­n di bahagian Samarahan yang dahulunya hutan belantara menjadi sebuah bandar satelit.

Hadir sama ADUN Simunjan Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abdul Karim menerima Jalur Gemilang daripada Brahim (kanan) sambil disaksikan Awla (dua kiri) sebagai pelancaran Progran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Bahagian Samarahan semalam.
SIMBOLIK: Abdul Karim menerima Jalur Gemilang daripada Brahim (kanan) sambil disaksikan Awla (dua kiri) sebagai pelancaran Progran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Bahagian Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia