Utusan Borneo (Sarawak)

KPM setuju isu sekolah kawasan panas disiplin dan dadah ditangani bersama

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju agar isu berkaitan sekolah dikenal pasti kawasan panas dari segi disiplin dan dadah ditangani secara bersama dengan pelbagai pihak yang relevan.

Menerusi kenyataan daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bertarikh 16 Ogos 2017 yang diedarkan kepada media oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, antara pihak tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“NGO seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kepimpinan masyarakat setempat.

“Dalam hal ini, pihak tersebut akan turut membantu pihak sekolah dalam usaha mengekang masalah disiplin di sekolah,” menurut KPM dalam kenyataan itu.

Salah satu inisiatif utama yang telah dipersetuj­ui bersama ialah inisiatif NBOS, iaitu melaksanak­an program pencegahan bersama agensiagen­si dan NGO tersebut.

Antara program yang dilaksanak­an termasukla­h Kem Remaja Berwawasan serta Polis Perhubunga­n Sekolah (PPS).

Sebelum ini, akhbar nasional menyiarkan terdapat 402 sekolah seluruh negara dikenal pasti kawasan panas bagi masalah disiplin dan dadah dengan 10 daripadany­a sekolah di Sarawak.

Sekolah-sekolah tersebut di Kuching, Padawan, Bau, Sri Aman, Miri, Baram, Lawas, Simunjan, Samarahan dan Bintulu.

Pada masa sama, KPM mengingatk­an pihak sekolah yang disenaraik­an sebagai ‘ hot spot’ atau kawasan panas tidak perlu bimbang kerana ia bukan proses ‘labelling’ kepada sekolah, tetapi merupakan tindakan pengurusan secara strategik bagi memudahkan pelaksanaa­n program secara berfokus kepada sasaran terlibat.

Isu disiplin merupakan isu pelanggara­n peraturan-peraturan sekolah yang berlaku di kalangan murid.

Berdasarka­n maklumat kementeria­n, punca kepada isu ini berlaku adalah pelbagai, bukan disebabkan berpunca daripada sekolah semata- mata tetapi termasuk latar belakang murid terlibat.

“Sekolah ‘hot spot’ bermaksud sekolah yang berada dalam kawasan atau tempat yang berisiko. Kawasan-kawasan yang sering berlaku gejala- gejala tidak sihat seperti jenayah atau seumpamany­a.

“Ini bermakna sekolah yang berada dalam kawasan ‘hot spot’ bukan bermakna sekolah tersebut secara semula jadi punca kepada permasalah­an disiplin murid,” katanya.

Sebelum itu, Dr Annuar meminta semua pihak ter- masuk media agar mendapatka­n kesahihan mengenai perkara sedemikian terutamany­a berkaitan senarai sekolah sebelum ia disiarkan.

Beliau memberitah­u, isu sedemikian akan menjejaska­n disiplin sesebuah sekolah dan amat penting untuk mendapatka­n kesahihan terlebih dahulu.

Katanya, sebagai contoh salah sebuah sekolah di negeri ini yang mempunyai prestasi cemerlang dan mereka amat kecewa dengan senarai berkenaan.

“Kita berharap, jangan hanya mengambil satu sisi cerita sahaja tetapi sahkan kesahihan serta sumber yang boleh dipercayai atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan selepas merasmikan Program Ceriaton dan GotongRoyo­ng Perdana sempena Karnival Kokurikulu­m dan Votek SMK Pending di sini, semalam.

Malah, katanya, KPM juga telah mengeluark­an kenyataan mengenai isu terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Annuar (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Pengetua SMK Pending Yong Ing Thung (kiri) selepas merasmikan Program Ceriaton dan Gotong-Royong Perdana sempena Karnival Kokurikulu­m dan Votek SMK Pending, semalam.
PENGHARGAA­N: Dr Annuar (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Pengetua SMK Pending Yong Ing Thung (kiri) selepas merasmikan Program Ceriaton dan Gotong-Royong Perdana sempena Karnival Kokurikulu­m dan Votek SMK Pending, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia