Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak harap tiada lagi sekolah dua sesi

Cadangan satu sesi persekolah­an pada waktu pagi akan dibawa ke KPM: Dr Annuar

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Isu berkaitan sekolah dua sesi di negeri ini akan dibawa kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) agar semua sekolah di Sarawak mempunyai satu sesi sahaja pada waktu pagi.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata ia bagi mewujudkan persekitar­an lebih kondusif kepada anak sekolah dalam melahir modal insan yang cemerlang.

“Saya berharap tiada lagi sekolah dua sesi di negeri ini kerana kita tahu ia tidak begitu kondusif kepada pelajar terutama sesi waktu petang yang cuacanya agak tidak sesuai.

“Namun disebabkan pelajar terlalu ramai sekolah terpaksa mempunyai dua sesi. Saya akan membawa isu ini kepada kementeria­n agar di Sarawak tiada lagi sekolah dua sesi,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Program Ceriaton dan Gotong

Namun disebabkan pelajar terlalu ramai sekolah terpaksa mempunyai dua sesi. Saya akan membawa isu ini kepada kementeria­n agar di Sarawak tiada lagi sekolah dua sesi. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

Royong Perdana Sempena Karnival Kokurikulu­m dan Votek SMK Pending anjuran bersama Unit Kokurikulu­m SMK Pending dan PIBG SMK Pending yang dihadiri Pengetuany­a Yong Ing Thung di sini, semalam.

Selain itu Dr Annuar berkata, kerajaan negeri kini dalam usaha memupuk dan menggalak minat pelajar dalam mata pelajaran berkaitan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) yang dilihat mempunyai peluang pekerjaan cerah.

Menurutnya, baru-baru ini sebagai contoh, menteri pendidikan mendedahka­n bahawa 55,000 atau 22.7 peratus graduan di negara ini menganggur atau tidak bekerja selama enam bulan selepas tamat pengajian di institusi.

Kebanyakan mereka mengikuti enam jurusan bukan berkaitan sains dan ia menunjuk pasaran kerja dalam bidang STEM masih diperlukan.

“Maka itu kita perlu menekankan pendidikan berkaitan STEM dan ia menggambar­kan juga bahawa masih terlalu ramai yang terlibat dalam bidang bukan sains.

“Kita merayu PIBG agar bekerjasam­a dengan guru bagi memastikan kita dapat melahirkan modal insan ce- merlang dalam peperiksaa­n mereka,” katanya.

Pada majlis berkenaan Dr Annuar turut mengumumka­n peruntukan daripada Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Pendidikan Dato Sri Michael Manyin Jawong yang berjumlah RM10,000 kepada PIBG SMK Pending.

Sementara itu Yong dalam ucapannya berkata, SMK Pending yang mempunyai dua sesi persekolah kerana mempunyai 1,385 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

“Kami mempunyai 800 pelajar sesi petang yang terpaksa berkumpul dalam satu dewan yang saya rasakan amat tidak kondusif kepada mereka.

“Sehubungan itu sekolah memohon kepada kemente- rian untuk menyalurka­n dana menaik taraf dewan ini selain sumbangan penghawa dingin digunakan di dewan,” katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada PIBG sekolah yang dilihat aktif dalam membantu para pelajar sekolah terutama mengumpul dana kepada mereka yang memerlukan sebagai kebajikan.

 ??  ?? HIJAU BUMI: Dr Annuar menanam pokok di halaman dewan sekolah sebagai tanda dan simbolik lawatan semalam sempena Karnival Kokurikulu­m dan Votek SMK Pending.
HIJAU BUMI: Dr Annuar menanam pokok di halaman dewan sekolah sebagai tanda dan simbolik lawatan semalam sempena Karnival Kokurikulu­m dan Votek SMK Pending.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia