Utusan Borneo (Sarawak)

PBT Padawan serius pantau isu kontraktor buat kerja sambil lewa

-

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) memandang serius isu kontraktor melaksanak­an projek sambil lewa, tidak berkualiti malah tidak memenuhi spesifikas­i yang ditetapkan.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, kebimbanga­n itu wujud ekoran pihaknya percaya pembayar cukai iaitu rakyat berhak mendapat kemudahan berkualiti sekali gus menentang kontraktor tidak bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an projek berkualiti.

“Kami akan meningkatk­an peranan pemantauan semua projek terutama projek membuat jalan raya.

“Kita akan turun ke lapangan dan menjalanka­n pemeriksaa­n serius terhadap jalan sedang dalam pembinaan bagi memastikan kontraktor benar-benar membina jalan raya baik agar dapat bertahan lama,” katanya.

Beliau menjelaska­n sering mendengar rungutan dan aduan rakyat terhadap jalan dibina kurang memuaskan sebelum ini.

Justeru, beliau bersama kakitangan teknikal, jurutera MPP dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menjalanka­n lawatan kerja membuat Pemeriksaa­n Jalan Raya di Kampung Rantau Panjang di sini kelmarin.

Pada masa sama, beliau mahu bahagian pentadbira­n MPP menjalanka­n penapisan khusus dan ketat sebelum membuka tender dan menyerahny­a kepada mana-mana kontraktor menjalanka­n sebarang projek.

“Saya ingin melihat kontraktor semasa benar-benar ikhlas menjalanka­n amanah diberi kepada mereka dan memberi hasil kerja cukup berkualiti,” katanya.

Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata baru-baru ini beliau telah membuat lawa- tan kerja keatas jalan raya yang dibina oleh pihak kontraktor di Kota Sentosa dan mendapati tiada garisan jalan dicat pada jalan tersebut.

“Bagaimana perkara sedemikian tidak diadu oleh rakyat? Kita akan menggred kontraktor ini berdasar kualiti kerja dan kontraktor membuat projek berkualiti dikelas sebagai A malah mendapat projek seterusnya.

“Manakala untuk gred B, kita hanya akan memberikan projek kurang sedikit, gred C akan diberi amaran dan jika kontraktor berada di dalam gred D anda tidak akan dibenar mendapat sebarang projek. Kita tegas dalam hal seperti ini,” tegasnya lagi.

Selepas ini, kontraktor akan melalui penapisan lebih ketat sebelum diberi sebarang tender daripada pihaknya dalam usaha menghasil projek berkualiti dalam memenuhi aspirasi rakyat di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia