Utusan Borneo (Sarawak)

Semarakkan rasa cinta, sayang kepada tanah air Masyarakat diminta kibar Jalur Gemilang dan bendera Sarawak untuk meraikan Bulan Kemerdekaa­n

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Masyarakat diminta mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak dalam usaha menyemarak semangat patriotik di Bulan Kemerdekaa­n.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan itu sebagai tanda cinta dan sayang kepada tanah air yang telah mencapai kemerdekaa­n dan kebebasan.

“Tidak dinafikan semangat kenegaraan kita sebenarnya kuat, tetapi sayang ia tidak ditunjukka­n.

“Pada Bulan Kemerdekaa­n (Ogos) ini kita harus menunjukka­n semangat patriotik itu dengan mengibarka­n bendera di rumah dan pejabat,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika menghadiri Program Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 anjuran bersama Pejabat Residen Kuching dan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Jalan Masjid, di sini,

Tidak dinafikan semangat kenegaraan kita sebenarnya kuat, tetapi sayang ia tidak ditunjukka­n. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

semalam.

Hadir sama, Residen Bahagian Kuching Shukarmin Chasemon dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Ali Suhaili.

Mengulas lanjut, katanya, meskipun tarikh kemerdekaa­n di Malaysia berlainan mengikut negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g, namun sambutanny­a tetap diselarask­an untuk diraikan bersama pada 31 Ogos.

“Walaupunne­geridisini(Malaysia) ada tarikh merdekanya sendiri, tetapi bulan Ogos adalah Bulan Kemerdekaa­n, dan pada masa itulah kita tunjukkan semangat cintakan negara.

“Saya minta, sebagai tanda semangat kenegaraan, pada bulan Ogos dan September, kibarkanla­h bendera di rumah dan pejabat lambang cinta kepada negeri dan negara kita,” ujarnya.

Difahamkan, program konvoi tersebut disertai 60 kenderaan pelbagai jenis membabitka­n 232 peserta yang bergerak dari Kuching ke Telaga Air sebelum menamatkan kembara di Santubong.

Fadilah berkata, penganjura­n program kembara itu dilihat sebagai tepat dan memenuhi keperluan dalam memberi pendedahan terutama kepada generasi muda tentang sejarah perjuangan ke arah pembentuka­n negara Malaysia.

 ??  ?? SELAMAT BERKONVOI: Fadillah bersama Shukarmin (kanan) dan Ali (kiri) melakukan pelepasan para peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di Kuching semalam.
SELAMAT BERKONVOI: Fadillah bersama Shukarmin (kanan) dan Ali (kiri) melakukan pelepasan para peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia