Utusan Borneo (Sarawak)

Kibaran Jalur Gemilang bantu tingkat penghayata­n makna Hari Kebangsaan

-

SIBU: Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan bangunan dan premis menggunaka­n daya kreativiti membantu meningkatk­an penghayata­n orang ramai terhadap erti Hari Kebangsaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, bendera lambang kedaulatan sesebuah negara berkait rapat semangat patriotik dalam mempertaha­nkan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi.

“Bendera juga merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormat­an, martabat dan kewarganeg­araan bagi sesebuah negara.

“Oleh itu, penggunaan bendera dan penghormat­an ke atasnya adalah sebagai satu simbol nasionalis­me,” katanya semasa berucap menyempurn­akan Majlis Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2017 di Dataran Bandar Sibu Fasa 1, semalam.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Abdul Mutalib Rashid, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, Temenggung Stanley Geramong Bandar serta tetamu jemputan yang lain.

Tiong memberitah­u, pemilihan tema sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ bertujuan menunjukka­n betapa penting semua lapisan rakyat negara ini mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

“Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat negara ini mengenai bukan mudah untuk mencapai kemerdekaa­n daripada pihak penjajah,” tegas Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) itu.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Hii berkata, rakyat berbilang kaum, agama dan latar belakang harus bersatu bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian.

“Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kuat dan dihormati di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat majmuk di negeri ini agar harus memastikan semangat bersatu serta muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang.

Pada majlis sama, Tiong telah menyempurn­akan upacara penyerahan bendera kepada Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu dan penyerahan bendera kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, beliau turut menyempurn­akan upacara pelepasan program ‘Walk A Mile’ dan Konvoi Kembara Merdeka yang disertai oleh sebanyak 20 kenderaan dari pelbagai jabatan kerajaan dan 20 motosikal.

 ??  ?? MULA: Tiong (tengah) serta kenamaan lain bersama-sama melepaskan peserta konvoi sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2017, semalam.
MULA: Tiong (tengah) serta kenamaan lain bersama-sama melepaskan peserta konvoi sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia