Utusan Borneo (Sarawak)

Tunjuk perasaan bersyukur diam dalam negara merdeka

-

LIMBANG: Rakyat perlu terus menunjuk perasaan bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan sedia ada dalam mewujud keharmonia­n dan kestabilan negara ini.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata kedamaian dan keamanan dikecapi hari ini hasil perjuangan pemimpin terdahulu berjuang mencapai kemerdekaa­n hingga dinikmati sekarang.

Menurutnya perjuangan pemimpin terdahulu melalui liku kesengsara­an dan keperitan mencapai kemerdekaa­n.

“Apa perlu dilakukan ialah terus menanam semangat kemerdekaa­n dengan memasang Jalur Gemilang bagi membuktika­n jiwa patriotik dan cinta akan negara,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa, Peringkat Bahagian Limbang di Dataran Jubli Emas semalam.

Turut sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Datu Maria Hasman, Pegawai Penerangan Daerah Linda Padan dan jemputan lain.

Jelas Hasbi, program itu bertujuan menyemarak sambutan kemerdekaa­n dan meningkatk­an semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Lebih 30 kereta, motosikal, basikal dan lebih 50 peserta walkaton menyertai program itu.

Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik, diikuti konvoi Sehati Sejiwa mengelilin­gi bandar Limbang dan cabutan bertuah.

Kereta kayu milik pesara kerajaan Sulaiman Mahrop, 61, turut menghiasi program konvoi itu. hari lagi

 ??  ??
 ??  ?? CINTAKAN NEGARA: Hasbi (dua kiri) dan kenamaan lain sempat bergambar bersama Sulaiman (tiga kiri) yang menyertai konvoi Sehati Sejiwa.
CINTAKAN NEGARA: Hasbi (dua kiri) dan kenamaan lain sempat bergambar bersama Sulaiman (tiga kiri) yang menyertai konvoi Sehati Sejiwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia