Utusan Borneo (Sarawak)

Patriotism­e terus kukuh jika rakyat Malaysia cekal kibar Jalur Gemilang

-

MIRI: Semangat patriotik tidak akan pudar jika seluruh rakyat Malaysia menanam keazaman untuk mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda memperinga­ti Hari Kebangsaan negara.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, adalah tidak salah jika rakyat melakukan perkara demikian di setiap rumah dan kenderaan masingmasi­ng sebagai tanda cintakan negara.

“Ia adalah simbol kedaulatan negara dan kita sebagai rakyat Malaysia bertuah haruslah menghormat­i bendera kita sebagai lambang maruah negara yang merdeka,” katanya pada Majlis Pelepasan Program Kembara Merdeka Negaraku Sepakat Komuniti 1Malaysia di pekarangan Wisma Persekutua­n Miri semalam.

Tambahnya, Hari Kebangsaan Ke-60 bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ bertujuan untuk menunjukka­n kepada rakyat Malaysia kepentinga­n memiliki semangat perpaduan pelbagai kaum.

Nilai patriotik, katanya, harus sentiasa tertanam dalam setiap rakyat Malaysia khasnya generasi muda bagi mendorong dan pemangkin kepada usaha-usaha memaju dan memakmurka­n negara.

“Kelangsung­annegaraba­ngsa ini harus terus dipelihara dengan kesediaan kita sebagai rakyat untuk saling bekerjasam­a sesuai dengankapa­sitidankem­ampuan masing-masing bagi mencapai Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Menurutnya, ada beberapa tarikh penting yang perlu dihayati oleh generasi muda bagi memastikan golongan itu terus peka dengan maksud sebenar kemerdekaa­n.

“Tarikh-tarikh penting seperti 31 Ogos dan 16 September dan khasnya di Sarawak pada 22 Julai harus diingati supaya mereka faham peristiwa penting yang berlaku pada tarikh tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu, kerajaan katanya menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk pendidikan anak-anak dan tiada lagi alasan untuk ibu bapa tidak mahu menghantar anak- anak ke sekolah.

“Kerajaan menyediaka­n pelbagai kemudahan termasuk biasiswa dan pinjaman bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna serta mampu mengubah masa depan yang lebih baik,” jelasnya.

Tambahnya, hanya melalui pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib mereka dan adalah amat penting ibu bapa menyediaka­n pendidikan yang sempurna untuk anak-anak.

Sementara itu, seramai 500 peserta konvoi melibatkan 30 kenderaan pelbagai jenis dan 40 motosikal mengambil bahagian dalam program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Miri dan Bintulu.

 ??  ?? SEMANGAT KEMERDEKAA­N: Ahmad Lai (atas motosikal, tiga kanan) bersama tetamu dan peserta konvoi Program Kembara Merdeka Negaraku Sepakat Komuniti 1Malaysia semalam.
SEMANGAT KEMERDEKAA­N: Ahmad Lai (atas motosikal, tiga kanan) bersama tetamu dan peserta konvoi Program Kembara Merdeka Negaraku Sepakat Komuniti 1Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia