Utusan Borneo (Sarawak)

Nikmat kemerdekaa­n perlu dipertahan sampai bila-bila

-

JULAU: Nikmat kemerdekaa­n negara ini milik semua warganegar­a tidak kira bangsa, agama, paras rupa dan di mana pun berada, kata Residen Bahagian Sarikei, Mohamad Junaidi Mohidin.

Jelasnya, apabila masyarakat menghayati semangat Rukun Negara yang menjadi tonggak panduan dan amalan hidup secara tidak langsung mampu menghadapi dan mengharung­i dugaan dalam dan luar.

“Kita bertuah dan bersyukur atas nikmat ini dan harus mempertaha­n, memperkuku­h dan menyemai semangat patriotism­e agar kedamaian, keharmonia­n dan kedaulatan negara imampu dipelihara sampai bila-bila.

“Ramai di antara kita yang sudah lupa akan pentingnya Hari Kebangsaan ini, dan kita selaku warganegar­a Malysia wajar bersyukur dengan nikmat yang telah kita kecapi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 peringkat bahagian Sarikei di tempat letak kereta Pekan Julau semalam.

Jelas Mohamad, kemerdekaa­n satu identiti menjadi milik semua dan ia juga satu agenda membentuk serta membolehka­n rakyat hidup secara aman dan harmoni dalam satu komuniti.

Menurut Mohamad, penganjura­n program seumpama ini satu aktiviti baik mengembali­kan memori rakyat negara ini mengenai makna Hari Kebangsaan kepada semua rakyat di negara ini.

Katanya, dalam mengharung­i semua ini toleransi dan perpaduan kukuh dalam sanu- bari rakyat negara ini mampu mempertaha­n kedaulatan negara daripada semua ancaman.

“Kepada generasi muda, menjadi tanggungja­wab kita bagi generasi terdahulu memupuk dan menyemai semangat cinta akan negara agar golongan ini tidak lupa makna dan betapa penting menjaga nilai kemerdekaa­n.

Dalam majlis ini Mohamad telah melepaskan konvoi disertai pelbagai agensi kerajaan, kelab permotoran dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain yang bergerak dari Julau menuju ke Bintangor dan seterusnya ke Sarikei.

Turut hadir sama pada majlis ini ialah Timbalan Residen Bahagian Sarikei, Abang Mohd Porkan serta berapa ketua jabatan kerajaan yang lain.

 ??  ?? DILANCARKA­N: Mohamad (lima kiri) bersama dengan tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan upacara perasmian Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017.
DILANCARKA­N: Mohamad (lima kiri) bersama dengan tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan upacara perasmian Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia